#PMTepiKakGee : Lagi Seminggu Nak Raya, Boss Suruh Masuk Pejabat? Berkecai Harapan Nak Beraya Bersama Keluarga Ketika PKP!
Gempak Spot (GSpot)
18/05/2020 16:30 MYT
18/05/2020 16:30 MYT
Soalan:
Hi Kak Gee, saya Yoe berusia 28 tahun.
Saya ada masalah besar juga nak kongsi.
Nak jadikan cerita, saya berada di kampung sebelum perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lagi.
Jadi, sepanjang dua bulan ni memang saya banyak habiskan masa di kampung, buat kerja pun kat rumah je.
Saya gembira sebab dapat luangkan masa dengan family. Dah ready nak raya pun!
Tapi Kak Gee tau tak syarikat saya tiba-tiba keluarkan arahan untuk semua kembali bekerja ke pejabat?
Tambah stress arahan ni dikeluarkan lima hari sebelum kita semua sambut raya. Maknanya saya kena sambut raya di Kuala Lumpur.
Allahu, luluh hati saya Kak Gee, mengapalah mereka tidak boleh tunggu selepas raya? Lagi seminggu je lagi.
Mesti suram raya kalini Kak Gee beraya dengan housemate je la nampaknya.
Yang Benar,
Yoe
Jawapan:
Hi Yoe, apa khabar dan selamat berpuasa.
Terima kasih ya sudi kongsi masalah anda dengan #PMTepiKakGee.
Pertama sekali, Kak Gee bersimpati juga dengan nasib Yoe, ye lah lagi seminggu nak raya kan?
Tapi Kak Gee nak Yoe berfikir secara lebih luas, Kak Gee pasti mesti ada sebab penting mengapa syarikat meminta pekerja mereka kembali ke pejabat.
Yoe kena faham, disebabkan pandemik COVID-19 ni, syarikat berdepan dengan situasi mencabar untuk kukuhkan masalah ekonomi. Jadi Yoe kena faham dari sudut itu.
Soal berhari raya pula, Kak Gee nak Yoe lihat secara lebih ke depan, jangan hanya di sekelliling Yoe saja.
Masih ada di luar sana yang tak bernasib baik macam kita.
Ada yang tiada ibu bapa, tak mampu nak beli baju raya, apatah lagi buat persediaan raya.
Kalau nak lebih jelas lagi, cuba Yoe google sambutan perayaan di Syria. Allahu boleh mengalir air mata.
Beruntung sangat duduk Malaysia Yoe.
Jadi buat kita yang masih boleh kelihatan segak berbaju Melayu, punyai ibu bapa walaupun berjauhan, kita kena banyak bersyukur.
Video call mereka di pagi raya, jadikan pengalaman raya tahun ini sebagai yang terindah dan bermakna buat kita semua!
Jangan sedih-sedih ok!
Kak Gee: Jika ada sebarang masalah, hantarkan persoalan anda di laman sosial Astro Gempak, Facebook, Instagram atau Twitter... PM Tepi je!