Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Hiburan

#PMTepiKakGee : "Makin Malas & Tak Ada Semangat" - Gara-Gara PKP, Pelajar Liat Buat Kerja Sekolah? Nak Buat Macam Mana Ni?

Gempak Spot (GSpot) 07/05/2020 | 13:14 MYT

Soalan:

Hi Kak Gee, saya ada perkara nak luahkan ni.
Masalahnya saya sekarang malas betul nak belajar.
Walaupun banyak kerja sekolah diberikan tapi saya rasa nak tangguh saja.
Tengok-tengok dah 'due date', ha waktu tu lah baru rasa gelabah semua terhegeh-hegeh buat kerja last minute.
Jujurnya, saya bukanlah macam ni, sebelum ni saya jenis yang semangat buat homework dan belajar.
Namun, sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan asyik tak pergi sekolah, saya mula tak ada mood nak buat semua tu.
Tolong saya Kak Gee, adakah ini normal atau saya makin jauh terpesong?
Yang Benar,
Wawin

Jawapan:

Hi Wawin, apa khabar dan selamat berpuasa. Terima kasih ya sudi kongsi masalah anda dengan #PMTepiKakGee.
Sebelum Kak Gee berceloteh bagi pendapat lebih lanjut, Kak Gee nak Wawin tahu yang Kak Gee pun pernah alami situasi yang hampir sama.
Rasa malas, tak ada semangat nak belajar masa zaman universiti dulu.
Ok lah, pertama sekali Kak Gee nak Wawin faham kita sekarang sedang menempuh satu fasa yang dikatakan norma baru susulan perinta PKP akibat wabak COVID-19 ini.
Segala yang kita lakukan sebelum ini semua banyak berubah. Waktu kita tidur, aktiviti harian kita, dengan siapa kita berjumpa semuanya memasuki satu fasa baru.
Jadi, apa yang Kak Gee mahu Wawin tahu, semua ini normal buat kita semua. Bukan Wawin saja, Kak Gee pasti ramai yang terkesan, jika dulu tidurnya pukul 10 malam, namun kini 4 pagi pun belum tentu.
Jadi apa yang Wawin perlu lakukan? Wawin mungkin boleh cuba beberapa langkah ini untuk kekal produktif dan semangat setiap hari.
Pertama cuba bangun awal dan kalau boleh lakukan sedikit senama. Ingat ya senaman elok untuk pastikan perjalanan darah kita lancar sekali gus buat badan lebih segar dan semangat nak mulakan apa jua aktiviti.
Kedua ni agak pelik tapi Wawin boleh cuba. Pakailah baju yang cantik-cantik seperti Wawin nak keluar jumpa kawan-kawan.
Ini dapat 'trick' minda kita untuk kekal ceria dan positif. Siapa yang tak suka kan kalau bergaya cantik-cantik.
Ketiga cuba buat jadual untuk kekal teratur. Bila Wawin patut buat kerja sekolah, ulang kali pelajaran dan buat kerja rumah.
Akhir sekali keraplah untuk 'berehat' untuk lebih kekal produktif.
Rehat itu bermaksud, setiap kali 20 minit Wawin buat kerja sekolah, ambil masa lima minit untuk rehat. 20 minit kerja, lima minit rehat dan ulang sampailah kerja sekolah selesai.
Lepas tu Wawin boleh buat apa yang Wawin suka. Mudah dan pada masa sama lebih fun!
Wawin kena ingat apa yang kita lakukan sekarang adalah untuk masa depan kita akan datang. Jangan sedih-sedih ya, selamat menjalani ibadah puasa!
Itu permasalahan Wawin bagaimana pula dengan keluarga Narendra?
Jangan lupa saksikan Nanti Kita Cerita Tentang Hari Ini (NKCTHI) bermula 23 April di Astro First saluran 480 dan On Demand.
NKCTHI menceritakan tentang kehidupan keluarga Narendra yang mempunyai tiga orang anak iaitu Angkasa, Aurora dan Awan.
Filem popular Indonesia ini menyaksikan gabungan kerjasama Astro Shaw bersama penerbit yang sering memenangi anugerah utama di Indonesia, Visinema Pictures yang juga merupakan penerbit filem animasi terkenal Indonesia, NUSSA, bersama IDN Media, Blibli.com serta XRM Media.
Apapun, jangan lupa untuk menyaksikan NKCTHI di Astro First saluran 480 dan On Demand bermula 23 April.
Untuk mendapatkan info terkini mengenai filem NKCTHI, sila layari Instagram, Facebook dan Twitter Astro Shaw.
Kak Gee: Jika ada sebarang masalah, hantarkan persoalan anda di laman sosial Astro Gempak, Facebook, Instagram atau Twitter... PM Tepi je!
#Pelajar #PKP #PMTepiKakGee
;