Hiburan
#PMTepiKakGee : "Nak Jumpa Tapi Tak Diendahkan, Alasannya Sebab Tak Sihat" - Pelajar Asrama 'Makan Hati' Gagal Jumpa Artis Kesayangan
SOALAN:
Hi Kak Gee, saya Qiemira baru berusia 15 tahun.Masalah saya ni tidaklah besar tapi setiap masa saya asyik fikirkan isu ini.
Macam ni, saya sudah bertahun-tahun tunggu nak jumpa artis kegemaran saya. Dia penyanyi.
Namun, saya masih tiada ada kesempatan kerana saya masih berlajar di asrama penuh.
Pernah sekali saya pergi show artis tersebut, namun diendahkan kerana artis tersebut balik awal atas alasan tidak sihat.
Sedih tau Kak Gee, jadi saya harap sangat dapat berjumpa dengan dia.
Yang Benar,
Qiemira.
JAWAPAN:
Hi Qiemira, apa khabar dan selamat berpuasa.Terima kasih ya sudi kongsi masalah anda dengan #PMTepiKakGee.
Sebelum berceloteh bagi pendapat lebih lanjut, Kak Gee faham sangat bila minat dengan seseorang artis tu.
Feel dia lain macam kan? Kalau boleh nak jumpa dia depan mata!
Tapi Qiemira juga kena faham, Qiemira masih belajar dan tak lama lagi akan duduki peperiksaan penting.
Mungkin untuk berjumpa artis depan mata tu agak sukar ketika ini, tapi zaman kan dah makin canggih, artis sekarang semua aktif di media sosial.
Tambahan pula sekarang waktu Tempoh Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), ramai artis buat live di Instagram.
Terubat rindu kita sebagai peminat ni.
Lagi satu, mungkin Qiemira boleh secara perlahan-lahan sertai fanclub untuk ketahui perkembangan dan aktiviti artis tersebut dengan lebih pantas.
Kalau ada rezeki, boleh serta mana-mana program fanclub artis kesayangan Qiemira tu.
Cuma Kak Gee mahu Qiemira berpandangan lebih terbuka dan positif sebab artis juga manusia biasa.
Adakalanya, mereka juga ada alasan tersendiri untuk mengelak berjumpa dengan orang ramai.
Apapun Kak Gee mahu Qiemira fokuskan dahulu pelajaran supaya nanti ada kerja yang selesa, apa saja kemahuan Qiemira boleh capai.
Jangan sedih-sedih ya!
Kak Gee: Jika ada sebarang masalah, hantarkan persoalan anda di laman sosial Astro Gempak, Facebook, Instagram atau Twitter... PM Tepi je!
Must-Watch Video