SOALAN:

Salam Kak Gee, nama saya Yana. Saya masih bersekolah lagi di tingkatan empat.

Semenjak dari kecil lagi, kami ada pembantu rumah, dia yang tolong buat semua kerja.

Tapi, bermula dua bulan lepas, pembantu rumah kami berhenti kerja dan pulang kampung halaman kerana bapanya sakit.

Sebenarnya, saya kesian tengok mama saya yang penat buat kerja rumah, sekarang mama saya yang buat semua kerja.

Saya nak tolong tapi tak tahu nak start dari mana sebab saya tak tahu nak buat kerja rumah!

Bila saya tanya mama saya pula, dia suruh saya duduk di bilik sahaja.

Kadang-kadang, kesian tengok mak saya penat.

Bantu saya Kak Gee.

JAWAPAN:

Salam Yana, terima kasih sebab berkongsi masalah dengan Kak Gee.

Saranan Kak Gee, Yana boleh berjumpa dengan mama dan berbincang.

Tunjukkan kesungguhan yang Yana mahu membantu dan mahu belajar untuk membuat kerja-kerja rumah.

Sejujurnya, untuk lelaki dan perempuan, tak rugi pun belajar buat kerja rumah kerana ia adalah untuk kesenangan di masa hadapan.

Kak Gee faham, Yana kasihan melihat mama yang penat melakukan kerja rumah selepas pemergian pembantu.

Kalau Yana tak tahu sangat, rujuk saja YouTube kerana ada pelbagai video cara mengemas yang boleh Yana ikuti.

Kak Gee ucapkan agar Yana berjaya ya?

Kak Gee: Jika ada sebarang masalah, hantarkan persoalan anda di laman sosial Astro Gempak, Facebook, Instagram atau Twitter... PM Tepi je!