Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Viral

#PMTepiKakGee; Pemuda Bimbang Nasib Baru Mula Kerja Dua Hari, Kena PKP

Gempak Spot 10/05/2020 | 15:00 MYT
SOALAN
Hi Kak Gee, Saya tengah tunggu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) habis kemudian baru saya boleh mula bekerja.
Aoa yang saya nak luahkan adalah saya bimbang nasib sendiri. Begini, saya sebenarnya tunggu dapat kerja dari bulan Januari namun hanya mula dapat kerja pada bulan Mac lalu.
Tapi baru dua hari kerja, kena PKP pula. Dan sekarang saya fikir mungkin belum ada rezeki saya lagi.
Yang Benar
Pemuda Gusar
JAWAPAN
Hi Pemuda Gusar, salam Ramadan dan kalau boleh Kak Gee cakap, salam PKP juga buat anda.
Membaca luahan anda, walaupun sangat ringkas, Kak Gee pun ikut terasa sebak dan kesukaran yang sedang Pemuda Gusar alami.
Apapun, Kak Gee nak ucapkan tahniah kerana setelah beberapa bulan melamar pekerjaan, akhirnya anda mula diberi kepercayaan untuk bekerja.
Hanya mungkin, semangat dan momentum kerja sedang memuncak, pandemik Corona pula melanda dunia sehingga membuatkan Pemuda Gusar hanya sempat bekerja dua hari sebelum perlu mematuhi arahan PKP oleh pihak kerajaan
Ini sesungguhnya memang situasi yang tak mudah. Maklumlah baru nak mula hidup bekerja dan bakal merasa gaji pertama, mungkin juga sudah banyak perancangan yang anda lakukan, namun semuanya harus tergendala.
Apa yang Pemuda Gusar alami saat ini iaitu kebimbangan hilang pekerjaan kerana PKP dirasai bukan hanya di Malaysia, Kak Gee percaya ia adalah dilema yang dialami oleh semua orang di seluruh dunia.
Jadi walaupun pahit hendak menelan situasi ini, Kak Gee cuma boleh nasihatkan Pemuda Gusar perlu banyak bersabar dan berdoa agar pandemik ini segera berakhir.
Walaupun PKP kini dipanjangkan selama empat minggu bermula 13 Mei sehingga 9 Jun 2020, namun Kak Gee percaya pihak syarikat Pemuda Gusar akan melakukan yang terbaik supaya dalam masa yang sama tidak membuat mereka membuang pekerja, apa lagi menutup operasi syarikat.
Jadi sebagai pekerja, walaupun hanya dua hari memulakan khidmat, tanamkan sikap positif dan jangan cepat mengalah.
Sesuaikan diri dengan norma baharu ini dan jangan jadikan PKP sebagai alasan untuk berputus asa dari melakukan sebarang pekerjaan.
Pertahankan pekerjaan anda dan berikan yang terbaik. Bersyukur juga anda kini sekurangnya punya pekerjaan kerana dalam situasi yang sangat tegang ini, banyak orang tidak mempunyai pekerjaan malah banyak juga sektor perlu gulung tikar.
Pendek kata, pandemik Corona ini bukan hanya memberi impak kepada individu tapi seluruh sektor yang ada di dunia.
Akhir kata, Kak Gee harap, Pemuda Gusar jangan berputus asa. Kita sama sama perlu terus berdoa agar dunia pulih dari pandemik ini.
Ingat, rezeki tak pernah salah alamat, jadi sematkan dalam diri untuk terus menunjukkan prestasi yang baik dalam pekerjaan anda. Semangat terus okay!
-----------------------------------------------------------------------------------------
Itu permasalahan Pemuda Gusar, bagaimana pula dengan keluarga Narendra? Jangan lupa saksikan Nanti Kita Cerita Tentang Hari Ini (NKCTHI) bermula 23 April di Astro First saluran 480 dan On Demand.
NKCTHI menceritakan tentang kehidupan keluarga Narendra yang mempunyai tiga orang anak iaitu Angkasa, Aurora dan Awan.
Filem popular Indonesia ini menyaksikan gabungan kerjasama Astro Shaw bersama penerbit yang sering memenangi anugerah utama di Indonesia, Visinema Pictures yang juga merupakan penerbit filem animasi terkenal Indonesia, NUSSA, bersama IDN Media, Blibli.com serta XRM Media.
Apapun, jangan lupa untuk menyaksikan NKCTHI di Astro First saluran 480 dan On Demand bermula 23 April.
Untuk mendapatkan info terkini mengenai filem NKCTHI, sila layari Instagram, Facebook dan Twitter Astro Shaw.
Kak Gee: Jika ada sebarang masalah, hantarkan persoalan anda di laman sosial Astro Gempak, Facebook, Instagram atau Twitter... PM Tepi je!
#19 #Covid #PMTepiKakGee #Pemuda Gusar PKP
;