Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Viral

#PMTepiKakGee: Pemuda Tertekan Melihat Kemesraan Ayah Bersama Gadis Muda Seusia Dengan Dirinya

Gempak Spot 29/05/2020 | 03:15 MYT
Soalan:
Salam dan selamat hari raya kak gee. Hai saya Boi. Saya sebenarnya tertekan Kak Gee. Apa saya perlu buat kalau saya tahu ayah saya curang dengan mak saya? Kalau saya bagitahu, mak akan tertekan.
Kau tak bagitahu saya yang sakit sebab lihat kemesraan ayah saya dengan perempuan tu. Untuk pengetahuan Kak Gee perempuan tu sebaya dengan saya berumur 25. Saya tahu sebab ternampak dekat Instagram perempuan tu.
Yang tertekan, Boi
Jawapan:
Waalaikumussalam dan selamat hari raya dari Kak Gee untuk Boi. Susah juga masalah Boi ni. Macam pepatah ‘telan mati mak, luah mati bapak’. Tapi Kak Gee ada nasihat untuk Boi cuba usahakan.
Sebab umur Boi sudah 25 tahun dan dikira dewasa, Kak Gee rasa lebih baik Boi bincang dulu dengan ayah Boi. Ketahui cerita sebenar kerana kadang-kadang yang kita lihat lain, tapi sebenarnya lain.
Bukan menyebelahi pihak ayah Boi, cuma bila kita tahu keadaan sebenar, kita akan lebih faham untuk mengambil tindakan seterusnya. Kalau kemesraan yang ditunjukkan itu mungkin lebih kepada seorang ayah kepada anak, maknanya Boi akan buat sesuatu yang membuatkan Boi rasa menyesal jika memberitahu mak tanpa usul periksa.
Jika apa yang Boi rasakan itu benar-benar terjadi, Kak Gee nasihatkan biar ayah yang bercerita perkara sebenar pada mak Boi. Kak Gee tahu Boi tertekan dengan keadaan ini, tapi kalau boleh biarkan mereka cuba selesaikan dengan baik kalau tekaan Boi itu betul.
Kak Gee harap Boi bertabah dan pilih masa yang sesuai untuk bercakap tentang hal ini dengan ayah Boi. Paling penting, Boi tetap kena jaga adab percakapan bila berbincang nanti kerana walau apa sekalipun, dia tetap ayah Boi. Tenangkan diri, susun ayat dan jika perlu, tulis apa yang Boi ingin bincangkan dengan ayah Boi dan sertakan bukti-bukti kenapa Boi beras syak wasangka dengan perhubungan tersebut.
Semoga Kak Gee membantu sedikit sebanyak dengan masalah yang Boi hadapi.
Salam sayang daripada Kak Gee!
Itu kisah Boi, bagaimana pula dengan kisah seorang ustaz yang berperang dengan kisah lampau?
Jangan lupa saksikan Ada Apa Dengan Dosa yang mengangkat kisah seorang ustaz menghadapi dosa silam apabila pernah berzina hingga melahirkan anak luar nikah.
Lebih menakutkan, anak itu membesar sebagai seorang yang berfikiran bebas dan tidak mempercayai kewujudan Tuhan hingga mahu membunuh diri.
Filem terbitan Pencil Pictures & Records itu dibintangi pelakon, Ashraf Muslim, Wanna Ali, Fasha Sandha, PU Riz, Adam Corrie dan Fauziah Nawi.
Ada Apa Dengan Dosa akan ditayangkan di saluran Astro First bermula 4 Jun ini.
Kak Gee: Jika ada sebarang masalah, hantarkan persoalan anda di laman sosial Astro Gempak, Facebook, Instagram atau Twitter... PM Tepi je!
#PMTepiKakGee #Ayah Mesra Gadis Sebaya Anak
;