Gaya Hidup

#PMTepiKakGee: "PKP Buat Saya Susah Nak Tidur Malam!" - Pemuda Resah 'Body Clock' Dah Bercelaru

gempak
Gempak Spot
20/05/2020
01:13 MYT
Sponsor Banner
#PMTepiKakGee: "PKP Buat Saya Susah Nak Tidur Malam!" - Pemuda Resah 'Body Clock' Dah Bercelaru
SOALAN:
Hai Kak Gee.
Saya bernama Amin dan merupakan seorang pelajar universiti.
Kak Gee, semenjak PKP ni, saya ada satu masalah.
Saya susah sangat nak tidur malam!
Pukul 4 pagi tu, mata saya sangat segar bugar...
Saya pun sepanjang malam tengok TV, main game, lepas tu main Facebook, lepas tu Twitter, tengok YouTube dan ulang ulang ulang.
Menjelang selepas subuh, mata saya rasa ngantuk sangat dan saya pun baru boleh lena.
Masalahnya, benda ni dah berlarutan semenjak bulan Mac lepas Kak Gee.
Saya risaulah... Macam mana ni?
Saya rasa 'body clock' saya dah bercelaru.
Bantu saya Kak Gee!
JAWAPAN:
Hello Amin.
Perkongsian masalah Amin ni akan Kak Gee cuba jawab.
Kak Gee bukanlah doktor tetapi Kak Gee akan memberikan pandangan yang logik dan mudah difahami.
Pertama, Amin sendiri dah set dalam kepala Amin untuk berjaga sepanjang malam dengan menonton TV, bermain game dan sosial media.
Tip dari Kak Gee, sebelum tidur, Amin gelapkan bilik terlebih dahulu.
Pasang kipas atau air cond dan wangikan bilik tu!
Apa yang penting, jangan main handphone!
Elak dari bermain dengan telefon pintar sebelum tidur sebab perkara yang berlaku di media sosial tak akan berhenti.
Ada je kita nak baca, ada je kita nak scroll kan?
Kadang-kadang tak sedar pun, scroll punya scroll, alamak dah 5 pagi dan semua pun tak tidur lagi.
Jadi, letakkan telefon bimbit di tempat yang lain, berjauhan dari katil dan tilam Amin.
Lelapkan mata, tenangkan fikiran agar dapat mood yang sesuai untuk tidur malam.
Bahaya tau tak tidur malam. Kak Gee tahu Amin mesti boleh mengubahnya!
Kak Gee: Jika ada sebarang masalah, hantarkan persoalan anda di laman sosial Astro Gempak, Facebook, Instagram atau Twitter... PM Tepi je!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live