Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini

#PMTepiKakGee; Punya Teman Lelaki Kaki Ugut, Gadis Buntu Dengan Hubungan Toksik

Kak Gee 11/08/2020 | 15:00 MYT
SOALAN
Ceritanya, saya ada boyfriend. Kita orang sudah tiga tahun berhubungan. Saya tak faham dengan perangai dia yang sekarang. Dia asyik nak panas baran sahaja dengan saya.
Kita orang sebenarnya couple jarak jauh. Saya duduk Penang, dia pula di Kuala Lumpur. Jumpa pun mungkin dalam setahun sekali. Sejak kebelakangan ini dia banyak halang saya.
Saya cuma upload gambar di Instagram nampak mulut je pun dia marah. Kakak saya upload video family yang ada saya pun dia suruh delete.
Dia kata semua itu berdosa dan haram. Sedangkan family saya tak pernah kata apa apa. Saya bukannya berjoget tayang aurat. Saya cuma berseronok dengan family saya. Tapi dia tak suka.
Saya tak boleh nak mengadu dekat sesiapa sebab dia ada password Instagram saya. Kalau saya mengadu dia boleh tahu. Kalau saya cakap dalam WhatsApp pun dia tetap boleh tahu sebab dia pandai heck. Ini pun saya tak taulah dia boleh tau ataupun tidak.
Tapi saya hampir jadi separuh gila tahan perangai dia. Pernah satu tahap saya hampir nak bunuh diri sebab dia. Saya cuba nak putuskan hubungan tapi saya bukan jenis perempuan yang senang sakitkan hati lelaki. Saya tak nak dia gelar perempuan ni tak guna. Lagipun saya sudah kenal dengan family dia.
Kalau saya minta putus, dia kata dia akan datang jumpa saya dan family saya dan dia akan paksa saya untuk putuskan hubungan depan mak ayah dia. Bukan ke itu memalukan saya? Jadi saya tak tahu nak buat apa. Dia pun ada ramai kawan, ramai saudara.
Saya takut kalau hidup saya merana selepas tinggalkan dia sebab dia pernah cakap hidup saya takkan tenteram kalau tinggalkan dia.
Saya tak boleh ke mana mana sebab dia tahu alamat rumah saya. Banyak lagi yang dia pernah buat tapi saya tak boleh nak cerita... Saya takut kalau dia boleh tengok benda ni.
Yang Benar,
Rose
JAWAPAN
Hi Rose, tolonglah dengar dan pertimbangkan nasihat Kak Gee ini.
Tolong selamatkan diri anda dari hubungan penuh toksik ini. Putuskan hubungan dan binalah hidup anda dengan sangat bahagia. Jangan takut dan terlarut dengan seorang lelaki yang tak pasti akan menjadi suami anda di masa hadapan apa lagi mampu membahagiakan anda.
Mengapa Kak Gee katakan ini? Sebab dari apa yang Rose luahkan semua ini, Kak Gee dapat menghidu ada yang tidak kena dengan sikap kekasih anda. Seorang pasangan, apa lagi baru bergelar kekasih tidak layak untuk mengawal diri anda, apa lagi mempunyai akses penuh kepada kehidupan peribadi anda yang lain.
Sikap suka mengugut itu juga bukan perlakuan yang baik kerana dalam sebuah perhubungan apa yang penting adalah saling menghormati dan tahu limitasi.
Dan apakah percintaan dengan pertemuan setahun sekali? Minta maaf, Kak Gee juga pernah menjalin hubungan jarak jauh, malah bukan dalam Malaysia, tetapi kami berkomitmen untuk sekurang kurangnya bertemu tiga tahun sekali! Kalian hanya di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur setahun sekali bertemu? Berapa banyak kepercayaan dan tidak ada kecurigaan di antara kalian?
Rose, tolong, tolong sayang diri anda. Hidup jangan berpaut kepada percintaan dengan orang yang tidak menghormati kita. Jauh lagi perjalanan hidup anda.
Mulalah berkenalan dengan lelaki lain dan mencari kehidupan yang lebih baik. Jangan bazirkan masa dengan berada dalam perhubungan yang tidak sihat seperti ini.
Itu kisah Rose bagaimana pula dengan kisah keluarga Iskandar?
Jangan lupa saksikan filem Keluarga Iskandar The Movie (KITM) yang mengetengahkan kehidupan keluarga arwah Haji Iskandar yang mempunyai pelbagai ragam serta gelagat.
KITM mengisarkan tentang Keluarga Iskandar merancang untuk konvoi bersama ke majlis perkahwinan Faris iaitu bekas teman lelaki Adibah di Pontian, Johor.
Akan tetapi perjalanan ke majlis Faris agak lambat kerana Mak Jah asyik memaksa keluarganya menyinggah ke setiap satu rumah saudara sepanjang perjalanan ke Pontian.
Akibat terlalu bosan, Princess dan Dardar telah merancang untuk ke taman tema tanpa pengetahuan keluarga mereka. Kehilangan mereka berdua telah menggemparkan keluarga Iskandar.
Selain Anita, pelakon siri asal ini turut membuat kemunculan termasuklah Kismah Johar, Hilal Azman, Zain Hamid, Anita Baharom, Azhar Sulaiman, Raja Ema, Sobri Anuar, Hiera Hassan, Izz Ilham, Khayrisyah Kemal, Wan Rania Humairah, Taqim Zaki, Wan Adam Danish dan Dhia Iskandar.
Temui karakter-karakter kesayangan anda menerusi filem KITM yang ditayangkan terus ke pawagam rumah anda, Astro First di saluran 480 bermula 16 Julai 2020.
Kak Gee: Jika ada sebarang masalah, hantarkan persoalan anda di laman sosial Astro Gempak, Facebook, Instagram atau Twitter... PM Tepi je!
#Viral #Viral #PMTepiKakGee #Hubungan Toksik
;