PMTEPIKAKGEE

#PMTepiKakGee: “Saya Belum Bersedia” - Gadis Dipaksa Kahwin Untuk Kurangkan Bebanan

Kak Gee 30/06/2020 | 10:23 MYT
Soalan:
Assalamualaikum Kak Gee. Maaf mengganggu. Banyak perkara yang berlaku dalam hidup saya seperti terjadi serentak.
Saya baru diberhentikan kerja akibat masalah Covid yang melanda dan syarikat tempat saya bekerja terpaksa ditutup. Lebih menyedihkan, 3 orang daripada adik beradik saya termasuklah saya mengalami situasi yang sama.
Ibu saya pula sakit dan saya sebagai anak perempuan diminta menjaga ibu. Saya tak kisah langsung, cuma saya sekarang tidak ada pendapatan sendiri. Adik beradik saya terpaksa bekerja sendiri dan gaji mereka juga hanya cukup untuk menampung hidup mereka.
Sekarang keluarga saya mahu kahwinkan saya dengan pilihan mereka kerana pada pendapat mereka, dapat atasi masalah saya yang tiada pekerjaan dan bila ada suami, bolehlah jaga saya.
Saya belum bersedia Kak Gee. Saya masih muda dan banyak lagi yang saya ingin pelajari. Tolonglah bagi cadangan pada saya untuk keluar dari masalah ini Kak Gee. Tolonglah saya.
Mila
Jawapan:
Waalaikumussalam Mila. Sedih perasaan Kak Gee bila baca masalah yang dihadapi Mila. Kak Gee harap Mila tabahkan hati.
Perkara seperti ini sering terjadi waktu Kak Gee masih kecil dulu. Tak sangka masih ada lagi sekarang ini. Kak Gee faham perasaan Mila yang ingin merasai pengalaman seperti orang lain - bekerja, melancong, dan menikmati zaman muda sebelum berkahwin.
Duduk berbincang dengan keluarga secara baik dan beritahu mereka apa yang Mila perlukan dalam hidup Mila. Kadangkala mereka tidak faham, dan Mila perlu buat mereka faham bahawa Mila belum bersedia untuk berkahwin, apatah lagi bukan dengan pilihan hati Mila sendiri.
Berceritalah secara baik agar mereka faham situasi Mila dan tidak hanya memikirkan jalan pintas untuk Mila keluar dari masalah yang dihadapi. Kita semua akan lalu zaman susah, tapi kalau kita berusaha, kita pasti akan dapat melaluinya.
Kak Gee harap Mila akan dpat berbincang secara baik dengan keluarga. Salam sayang daripada Kak Gee!
Itu kisah Mila, bagaimana pula dengan kisah seram yang dilalui oleh Rusdi?
Jangan lupa saksikan filem Town Mall yang mengangkat kisah seram pembangunan sebuah bangunan yang terbiar.
Akibat gangguan halus yang sering berlaku, pembinaan Town Mall terpaksa dihentikan dan sejak itu ia terbiar kosong selama 10 tahun.
Kini, sebuah syarikat pembinaan merancang untuk menyambung semula dan menyiapkan bangunan terbiar itu untuk dijadikan sebuah pusat beli belah terkemuka.
Pengurus projek iaitu Rusdi ditugaskan untuk memantau projek baru itu. Pada awalnya pembinaan itu berjalan dengan lancar, sehinggalah suatu hari kejadian sama dari 10 tahun lalu berlaku semula.
Jangan lupa saksikan naskhah lakonan Datuk Seri Eizlan Yusof, Reen Rahim, Intan Ladyana, Nynaa Harizal, Adam Shahz, Datuk Jalaluddin Hassan, Erry Putra, Hafizuddin Fadzil, Nor Albaniah, Ku Faridah dan Farahdhiya di pawagam rumah anda!
Langgan filem Town Mall bermula 25 Jun ini di Astro First saluran 480!
Kak Gee: Jika ada sebarang masalah, hantarkan persoalan anda di laman sosial Astro Gempak, Facebook, Instagram atau Twitter... PM Tepi je!
#PMTepiKakGee #Paksa Kahwin