Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Viral

#PMTepiKakGee: "Saya Dah Lama Tak Solat" - Ini Kisah Wanita Nak Berubah Tapi Tak Tahu Nak Mula Dari Mana

Gempak Spot 01/06/2020 | 03:00 MYT
SOALAN:
Salam Kak Gee, saya Tina berasal dari negeri di utara Malaysia tapi kini menetap di KL.
Kisahnya begini, saya nak berubah ke arah kebaikan, tapi tak tahu nak mula macam mana.
Sebenarnya, saya ada sikap suka ambil lewa.
Jika dahulu masa saya sekolah dan belajar, saya tak pernah tinggal solat, selalu baca Al-Quran dan melakukan amal ibadah.
Segalanya berubah bila saya bekerja di ibu kota. Saya mula leka dan alpa.
Saya dah lama tak solat. Mula-mula saya tertinggal solat beberapa waktu, lama-lama tu terus tak solat langsung.
Kini, saya terniat hati nak berubah. Saya malu dengan diri sendiri!
Allah berikan saya semua benda yang saya mahukan, dia berikan rezeki, jawatan yang baik dalam pekerjaan, kesihatan yang elok, tapi saya tak melaksanakan Rukun Islam kedua.
Saya nak berubah Kak Gee tapi saya buntu. Bantu saya!
JAWAPAN:
Salam Tina. Terima kasih kerana menyuarakan permasalahan kepada Kak Gee.
Alhamdulillah, bila terdetik niat mahu berubah, Kak Gee harus puji perkara terbabit.
Kisah silam yang terjadi kepada Tina tu biarkan berlalu, tetapi Tina haruslah bertaubat dan menyesalinya.
Untuk permulaan, Kak Gee sarankan Tina belajar untuk solat taubat terlebih dahulu.
Betul-betul bertaubat dan menyesal, Insya-Allah akan akan permudahkan semuanya selepas ini.
Sebagai cadangan, Tina boleh ke kedai buku berdekatan dan membeli buku panduan solat untuk menyegarkan kembali ingatan Tina mengenai ibadah terbabit.
Jika betul niat Tina dan usaha yang setimpal dilakukan untuk Tina berubah, nescaya perkara terbabit akan mudah untuk Tina jalankan nanti.
Mohon kepada-Nya taufik dan hidayah agar Tina terus istiqamah dalam mengerjakan ibadah yang wajib.
--
Itu kisah Tina, bagaimana pula dengan kisah seorang ustaz yang berperang dengan kisah lampau?
Jangan lupa saksikan Ada Apa Dengan Dosa yang mengangkat kisah seorang ustaz menghadapi dosa silam apabila pernah berzina hingga melahirkan anak luar nikah.
Lebih menakutkan, anak itu membesar sebagai seorang yang berfikiran bebas dan tidak mempercayai kewujudan Tuhan hingga mahu membunuh diri.
Filem terbitan Pencil Pictures & Records itu dibintangi pelakon, Ashraf Muslim, Wanna Ali, Fasha Sandha, PU Riz, Adam Corrie dan Fauziah Nawi.
Ada Apa Dengan Dosa akan ditayangkan di saluran Astro First bermula 4 Jun ini.
Kak Gee: Jika ada sebarang masalah, hantarkan persoalan anda di laman sosial Astro Gempak, Facebook, Instagram atau Twitter... PM Tepi je!
#PMTepiKakGee #PM Tepi Kak Gee
;