Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Viral

#PMTepiKakGee: “Saya Macam Gilakan Dia, Tetapi Dia Juga Lelaki Seperti Saya” - Lelaki Celaru Dengan Perasaan Sendiri

Gempak Spot 13/05/2020 | 13:09 MYT
Soalan:
Kak Gee saya rasa macam tak sesuai nak cerita dekat sini. Tapi saya perlukan nasihat. Saya tahu Kak Gee pun akan sama macam orang lain jugak. Akan nasihat pasal agama dengan saya. Kalau Kak Gee dapat nasihat saya sikit berbeza dari orang lain, saya bersyukur.
Cerita dia macam ni Kak Gee. Saya ni sekarang dah kemaruk dengan seseorang. Jujurlah. Saya dulu tak pernah suka dia. Saya anggap dia kawan je. Kenal dekat media sosial lah. Borak-borak biasa dengan dia. Setiap hari jugaklah sebenarnya.
Satu hari kitorang ditakdirkan jumpa. Saya tak pandang dia lebih. Cuma kawan je. Tapi saya nampak effort dia dekat saya. Dia nak tackle saya. Tapi saya cuma balas sebagai seorang kawan yang semakin rapat dan baik je dengan dia. Tak lebih. Cuma ramai cakap sebenarnya saya macam terlampau baik dengan dia. Bila dengan dia, orang nampak saya lain. Ada cakap belakang kata saya suka dia, sebab tu saya sanggup buat apa je untuk dia. To be honest Kak Gee, tak pun. Saya cuma baik dengan dia sebab saya nampak dia effort nak dekat saya.
Lepas daripada tu, saya cuba untuk jauh sikit dari dia. Saya pun dah jarang jumpa dia. Sampailah satu hari, masa saya tengah date dengan sorang perempuan ni. Kami berdua terserempak. Dia dengan kawan-kawan lelaki dia yang lain. Saya rasa awkward masa tu Kak Gee. Cuba nak jumpa dia, tapi saya dapat rasakan dia benci dekat saya dah masa tu.
Ada satu program yang temukan saya dengan dia balik. Masa tu, dia dah tak ada effort untuk saya. Jujur saya cakap saya memang tak biasa tengok dia dah tak ada apa-apa dengan saya. Saya rasa hidup saya tak complete. Saya cuba untuk cari jalan macam mana nak rapat dengan dia atau satu bilik dengan dia. Saya buat macam-macam dan saya berjaya.
Lepas tu Kak Gee, malam tu saya hampir ‘tet’ dengan dia tapi dia tepis saya. Dia cakap dekat saya "Bukan ko ada gf ke? Kenapa ko buat macam ni dekat aku dengan gf ko?"
Saya keliru Kak Gee. Sekarang ni saya dah gilakan dia. Dia asyik larikan diri dari saya. Macam dah tak ada minat dekat saya lepas dari peristiwa malam tu. Dan dia jugak lelaki Kak Gee sebenarnya sama macam saya.
Yang keliru, Celaru
Jawapan:
Hai Celaru. Kak Gee faham masalah Celaru tetapi dalam keadaan begini, untuk Kak Gee bagi nasihat pada Celaru umpama menarik rambut dalam tepung. Kak Gee kena berhati-hati agar tidak mengguris perasaan banyak pihak. Maklumlah, hal begini bukanlah hal biasa.
Apa yang Kak Gee boleh katakan adalah lelaki ini dilahirkan dengan kromosom XY. Bermakna, ada kromosom wanita juga dalam badan lelaki, tetapi tak bermakna mereka bersifat kewanitaan dan bernaluri seperti wanita sepenuhnya.
Sifat-sifat kasih sayang akan wujud dalam diri seorang lelaki dan ada masanya sifat itu boleh mengelirukan seseorang seperti yang Celaru alami.
Kak Gee boleh katakan tidak ada salahnya berkasih sayang antara lelaki tetapi haruslah ada sempadan di situ. Menganggap seorang lelaki lain sebagai seorang rakan karib, atau mungkin sebagai abang atau adik, tidak ada salahnya. Perasaan sayang terhadap mereka yang dianggap seperti ini sememangnya baik untuk diri sendiri.
Celaru sudah ada teman wanita dan Kak Gee rasa memberikan tumpuan pada teman wanita Celaru boleh membantu Celaru mencurahkan kasih sayang yang sebenar antara lelaki dan wanita. Lebihkan masa dengan berbual melalui telefon dengan teman wanita Celaru dan berikan perhatian sepenuhnya kepada dia.
Tentang kawan lelaki Celaru, anggaplah dia sebagai sahabat baik, atau yang berpangkat abang atau adik. Kak Gee faham Celaru tidak mahu Kak Gee sentuh soal agama, jadi Kak Gee tak akan berbuat demikian.
Teruslah berkawan baik dengan kawan lelaki Celaru itu dan tunjukkan kepadanya yang Celaru ambil berat tentang dia sebagai seorang sahabat yang baik dan akan sentiasa ada apabila dia memerlukan pertolongan.
Pesanan terakhir Kak Gee, tak kira lelaki atau perempuan, semua ingin berkasih sayang tetapi setiap perkara ada batas dan sempadannya. Bila kita tahu batas dan sempadan itu, pergaulan dan persahabatan kita akan menjadi satu perkara yang sangat bermakna untuk kita kenang sampai bila-bila.
Kak Gee harap hubungan Celaru dan teman wanita akan terjaga baik hinggalah sampai jodoh kalian. Macam yang Kak Gee selalu pesan pada yang bercinta lainnya, bila makan nasi minyak nanti, jangan lupa pada Kak Gee pulak. Dah, jangan keliru dan celaru lagi ya!
Salam sayang dari Kak Gee!
Itu permasalahan Celaru, bagaimana pula dengan keluarga Narendra? Jangan lupa saksikan Nanti Kita Cerita Tentang Hari Ini (NKCTHI) bermula 23 April di Astro First saluran 480 dan On Demand.
NKCTHI menceritakan tentang kehidupan keluarga Narendra yang mempunyai tiga orang anak iaitu Angkasa, Aurora dan Awan.
Filem popular Indonesia ini menyaksikan gabungan kerjasama Astro Shaw bersama penerbit yang sering memenangi anugerah utama di Indonesia, Visinema Pictures yang juga merupakan penerbit filem animasi terkenal Indonesia, NUSSA, bersama IDN Media, Blibli.com serta XRM Media.
Apapun, jangan lupa untuk menyaksikan NKCTHI di Astro First saluran 480 dan On Demand bermula 23 April.
Untuk mendapatkan info terkini mengenai filem NKCTHI, sila layari Instagram, Facebook dan Twitter Astro Shaw.
Kak Gee: Jika ada sebarang masalah, hantarkan persoalan anda di laman sosial Astro Gempak, Facebook, Instagram atau Twitter... PM Tepi je!
#Viral #Viral #PMTepiKakGee #Lelaki Celaru
;