Hiburan
#PMTepiKakGee : "Saya Memang Begitu Sejak Kecil" - Gadis Ini Dihina Kerana Berjalan Secara Tidak Normal? Apa Yang Perlu Dilakukan?
Soalan :
Hi Kak Gee ,saya Amy dan ada perkara nak luahkan.
Kalau nak ikutkan saya bukanlah cacat atau Orang Kelainan Upaya (OKU), cuma cara saya berjalan sedikit berbeza daripada orang lain.
Masalahnya orang suka sangat menghina cara saya berjalan walaupun saya memang berjalan begitu sejak dari kecil lagi.
Apa yang perlu saya lakukan?
Adakah saya perlu jumpa pakar untuk ubah cara saya berjalan?
Yang Benar,
Amy
Jawapan:
Hi Amy, apa khabar dan selamat berpuasa.
Terima kasih ya sudi kongsi masalah anda dengan #PMTepiKakGee.
Sebelum berceloteh bagi pendapat lebih lanjut, Kak Gee nak Amy tahu yang Kak Gee juga ada rakan seperti Amy.
Tidak berjalan seperti orang lain dan pada masa sama bukanlah OKU.
Pertama sekali Kak Gee mahu Amy tanam rasa sayang pada diri sendiri terlebih dahulu.
Amy perlu ingat tidak semua manusia yang lahir di dunia ini sempurna.
Biarpun nampak macam 'perfect' tapi mereka juga ada cacat celanya, jadi mereka sendiri pun sebenarnya tidak layak untuk pandang serong dekat amy.
Kak Gee faham, Amy rasa kurang keyakinan diri namun Kak Gee mahu Amy lihat daripada skop yang lebih luas.
Tuhan tidak akan menguji hambanya diluar batas kemampuannya. Jadi Amy kena lihat dari sudut yang lebih positif.
Kedua, Amy bergaul lah dengan kawan-kawan yang menaikkan semangat kita dan bukannya yang memperlekehkan kita.
Dari situ Amy akan bina semangat dan keyakinan diri.
Ketiga. seperti Amy nyatakan tadi, memang benar, Amy perlu berjumpa dengan pakar yang boleh mengenal pasti masalah sekali gus membantu Amy untuk pulih.
Jika diikutkan rakan Kak Gee, doktor menyarankan dia menempah kasut khas supaya posisi tapak kaki itu sekata.
Untuk masalah Amy, Kak Gee tidak tahu masalah secara terperinci, namun Kak Gee yakin doktor pakar mampu membantu Amy untuk mencari jalan penyelesaian.
Akhir kata, Kak Gee harap Amy tidak berputus asa. Jangan sedih-sedih ya!
Itu permasalahan Pemuda Gusar, bagaimana pula dengan keluarga Narendra? Jangan lupa saksikan Nanti Kita Cerita Tentang Hari Ini (NKCTHI) bermula 23 April di Astro First saluran 480 dan On Demand.
NKCTHI menceritakan tentang kehidupan keluarga Narendra yang mempunyai tiga orang anak iaitu Angkasa, Aurora dan Awan.
Filem popular Indonesia ini menyaksikan gabungan kerjasama Astro Shaw bersama penerbit yang sering memenangi anugerah utama di Indonesia, Visinema Pictures yang juga merupakan penerbit filem animasi terkenal Indonesia, NUSSA, bersama IDN Media, Blibli.com serta XRM Media.
Apapun, jangan lupa untuk menyaksikan NKCTHI di Astro First saluran 480 dan On Demand bermula 23 April.
Untuk mendapatkan info terkini mengenai filem NKCTHI, sila layari Instagram, Facebook dan Twitter Astro Shaw.
Kak Gee: Jika ada sebarang masalah, hantarkan persoalan anda di laman sosial Astro Gempak, Facebook, Instagram atau Twitter... PM Tepi je!