#PMTepiKakGee: “Saya Rasa Berdosa Sangat Dan Ingin Bertaubat” - Gadis Terlanjur Tidak Tahu Bagaimana Nak Mula
Gempak Spot
02/06/2020 00:45 MYT
02/06/2020 00:45 MYT
Soalan:
Assalamualaikum Kak Gee. Saya ingin luahkan sesuatu tapi malu dengan perbuatan sendiri. Saya baru lepas keguguran atas salah diri sendiri. Saya rasa berdosa sangat dan ingin bertaubat. Tapi tak tahu nak mula dari mana. Boleh Kak Gee bantu saya.
Yang berdosa, Nora
Jawapan:
Waalaikumussalam Nora. Selamat hari raya Kak Gee ucapkan pada Nora. Semoga tenang-tenang selalu.
Ikhlas Kak Gee nak beritahu Nora, merasa berdosa dan ingin bertaubat itu adalah permulaan dan jalan yang sangat baik kerana Nora sudah terbuka hati untuk memohon ampun kepada Yang Maha Esa atas kesilapan lalu.
Kak Gee gembira kerana bila kita sedar akan kesalahan kita dan kita ingin bertaubat serta tidak lagi mahu melakukan perbuatan yang sama, kita akan bertemu titik baru dalam hidup kita.
Perkara yang paling mudah untuk Nora buat adalah melakukan solat taubat. Mungkin Nora boleh minta nasihat ustazah atau kenalan Nora, atau jika berasa malu, boleh saja mencari maklumat di alam maya. Kak Gee cadangkan Nora ke laman web mufti Wilayah Persekutuan kerana di situ banyak perkongsian yang Nora akan dapat tentang bagaimana untuk menunaikan solat taubat.
Paling penting, pesan Kak Gee pada Nora agar menyayangi diri sendiri kerana kita hidup hanya sekali. Kita mohon pada Allah SWT supaya mengampunkan dosa-dosa kita dan kita cuba sebaik mungkin untuk tidak mengulangi perkara yang sama. Sayangilah diri kita dan Allah akan menyayangi kita.
Salam sayang daripada Kak Gee!
Itu kisah Nora, bagaimana pula dengan kisah seorang ustaz yang berperang dengan kisah lampau?
Jangan lupa saksikan Ada Apa Dengan Dosa yang mengangkat kisah seorang ustaz menghadapi dosa silam apabila pernah berzina hingga melahirkan anak luar nikah.
Lebih menakutkan, anak itu membesar sebagai seorang yang berfikiran bebas dan tidak mempercayai kewujudan Tuhan hingga mahu membunuh diri.
Filem terbitan Pencil Pictures & Records itu dibintangi pelakon, Ashraf Muslim, Wanna Ali, Fasha Sandha, PU Riz, Adam Corrie dan Fauziah Nawi.
Ada Apa Dengan Dosa akan ditayangkan di saluran Astro First bermula 4 Jun ini.
Kak Gee: Jika ada sebarang masalah, hantarkan persoalan anda di laman sosial Astro Gempak, Facebook, Instagram atau Twitter... PM Tepi je!