Gaya Hidup
#PMTepiKakGee: "Saya Sangat Marah..." - Dilema Anak Yang Tak Suka Kena Banding Dengan Saudara!
SOALAN:
Hai Kak Gee... Saya ada masalah mengenai keluarga saya.
Mereka suka bandingkan saya dengan saudara saya yang lebih kecil dari saya.
Kononnya, saudara saya lebih mendengar kata dan budak yang baik.
Saya tidak suka kerana saya lebih mengenali saudara saya. Perangai dia jauh beza dari saya.
Saya sangat marah. Saya tidak tahu untuk meluahkan perasaan saya kepada siapa.
Nasib baik saya terlihat post Instagram Astro Gempak mengenai Kak Gee.
Saya harap Kak Gee faham akan perasaan saya.
JAWAPAN:
Salam adik. Terima kasih kerana sudi berkongsi bingkisan rasa hati adik dengan Kak Gee.
Kak Gee faham perasaan marah yang adik cuba sampaikan kepada Kak Gee.
Bagi Kak Gee, pucuk pangkal masalah adalah perangai kita sendiri.
Mungkin adik boleh rasa marah... Kak Gee faham, siapa tak marah bila kena tegur kan?
Tapi Kak Gee sarankan adik tidak boleh marah lama-lama ya! Ingat, setiap teguran dari keluarga itu dilakukan kerana sayang.
Selepas marah adik dah mulai hilang, sebaiknya adik harus duduk, tenangkan fikiran dan merenung kembali setiap isi teguran yang diberikan oleh keluarga.
Ada baiknya jika adik bermuhasabah diri dan cuba untuk memperbetulkan apa yang telah ditegur oleh keluarga adik.
Jika perilaku adik sudah berubah ke arah kebaikan, pastinya insiden perbandingan dengan saudara tidak akan terjadi lagi kerana adik sudah berubah menjadi lebih baik.
Apa-apapun, nasihat Kak Gee, berubahlah demi kebaikan sendiri. Jangan mudah terasa hati dengan teguran.
Melainkan, jika adik rasa ia sudah melampau dan adik tidak boleh menanggungnya lagi, gunakan cara diplomasi untuk berbincang dengan ahli keluarga adik.
Semoga adik terus sukses!
Kak Gee: Jika ada sebarang masalah, hantarkan persoalan anda di laman sosial Astro Gempak, Facebook, Instagram atau Twitter... PM Tepi je!