Berita
#PMTepiKakGee: Selepas Dilamar, Gadis Sedih Dapat Tahu Kekasih Kantoi Suami Orang
SOALAN
Asalammualaikum, saya Rin seorang gadis dan belum berkahwin. Saya mempunyai kekasih namanya Zul dan kami menjalinkan hubungan cinta sudah setahun.
Selama setahun itu, saya rasa sangat bahagia kerana mempunyai kekasih yang penyayang dan caring. Ibaratnya, saya lah wanita paling bahagia!
Lebih gembira lagi, apabila Zul melamar saya sebagai isterinya dan memberitahu ingin mengahwini saya dalam masa terdekat.
Namun kebahagiaan itu hanya seketika sahaja kerana tidak lama selepas itu ada seorang wanita datang berjumpa dengan saya dan memberitahu dia adalah isteri Zul dan mereka sudah berkahwin 5 tahun.
Hati saya remuk dan kecewa! Apa perlu saya buat? Saya cintakan Zul tapi saya tidak boleh terima dia suami orang….
Rin
JAWAPAN
Walaikumsalam Rin, pertama sekali Kak Gee ingin mengucapkan terima kasih kerana sudi berkongsi masalah dengan Kak Gee untuk mendapatkan nasihat dan kata-kata semangat.
Kak Gee faham perasaan Rin, pasti Rin sedang kecewa dengan apa yang berlaku.
Pertama sekali, Kak Gee rasa Rin perlu berasa bersyukur kerana Rin mendapat tahu hal sebenar sebelum berkahwin dengan Zul yang merupakan suami orang.
Jika tidak, mungkin selamanya Rin akan ditipu dan akan lebih kecewa apabila mendapat tahu hal sebenar selepas mendirikan rumah tangga.
Apa yang Rin perlu buat? Pertamanya meminta maaf kepada isterinya dan memberitahu hal sebenar.
Kedua, tanya kepada Zul apakah niat dia sebenarnya? Adakah dia sengaja hendak mempermainkan Rin atau dia hanya mahu menjadikan Rin isteri keduanya.
Jika dia hanya ingin bermain cinta atau skandal baik lupakan sahaja. Tapi jika dia hendak memperisterikan Rin itu sudah menjadi lebih sukar kerana ia perlu persetujuan isterinya dan Rin sendiri bolehkah terima status isteri kedua?
Apa-apa pun selesaikan semua perkara dengan cara baik dan selepas itu cuba bawa diri untuk bercuti atau pulang kampung untuk lupakan segalanya.
Itu kisah Rin, bagaimana dengan kisah Rose dalam drama bersiri Pelindung Seorang Puteri
Saksikan Pelindung Seorang Puteri pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam mulai 28 Julai 2020 menerusi slot Megadrama secara eksklusif di saluran Astro Ria HD (104) dan Astro Ria (124).
Drama 16 episod itu menampilkan pelakon seperti Lisa Surihani, Farid Kamil, Sharnaaz Ahmad, PU Riz , Zain Ruffedge, Jasmine Suraya dan ramai lagi.
Drama Pelindung Seorang Puteri mengisahkan Rose lakonan Lisa Surihani yang membawa diri jauh daripada keluarga setelah difitnah kerana sering diekori oleh pengendap misteri walaupun dia sendiri sebenarnya tidak pasti akan identiti pengendap misteri tersebut.
Adakah Firdaus (lakonan Zain Hamid), bekas kekasihnya yang masih menggilainya, Saiful (lakonan Farid Kamil), rakan sepermainan yang menyukainya sejak kecil atau Hazril (lakonan Sharnaaz Ahmad), kawan baik abang kandung Rose yang dalam diam meminatinya dari jauh.
Siapakah yang akan menjadi pelindung Rose daripada terus diganggu oleh pengendap misteri tersebut? Saksikannya dalam drama Pelindung Seorang Puteri.
Kak Gee: Jika ada sebarang masalah, hantarkan persoalan anda di laman sosial Astro Gempak, Facebook, Instagram atau Twitter... PM Tepi je!
Must-Watch Video