Soalan :

Salam Kak Gee, nama saya Alif dan ada perkara saya nak luah ni. Agak seram bagi saya.

Macam ni saya sejak sebulan dua ni asyik mimpi ngeri Kak Gee.

Mimpi pula bukan biasa-biasa.

Setiap hari saya mimpi lembaga berambut panjang ni.

Sampai saya dah hafal bentuk rupanya.

Malah saya ada jumpan satub posting di Facebook yang menunjukkan jenis-jenis rupa jin.

Sama Kak Gee! sama seperti dalam mimpi saya.

Apa yang perlu saya buat ni Kak Gee!

Jawapan:

Walaikumsalam Alif, terima kasih sudi #PMTepiKakGee.

Terus terang Kak Gee bukanlah pakar dalam bab ini, namun Kak Gee nasihat berdasarkan pengalaman serta penjelasan pernah diberikan oleh golongan ilmuan agama.

Untuk makluman Alif, para ulama sebenarnya telah membahagikan kepada tiga bahagian iaitu:

Mimpi yang benar, mimpi mainan syaitan dengan tujuan untuk menakutkan atau menyedihkan anak Adam serta mimpi yang terkesan daripada kehidupan nyata dan realiti manusia sehingga dibawa ke dalam tidur.

‘Pembahagian itu berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda:

"Mimpi terbahagi kepada tiga, berita gembira daripada ALLAH, bicara diri sendiri (benak fikiran) dan sesuatu yang menakutkan daripada syaitan. Jika seseorang bermimpi sesuatu yang disukai, maka ceritakanlah mimpi itu jika dia mahu dan apabila dia bermimpi sesuatu yang dibenci, maka jangan diceritakan, hendaklah dia bangun dan berdoa." (Riwayat Ahmad).

Namun, jika Aliff tidak jelas atau merasakan ada perkara perlu dihuraikan, maka pandangan daripada orang yang cerdik agama perlulah dirujuk.

Selain itu, selalunya jika berlaku perkara sebegini individu paling tepat untuk kita minta bantuan adalah ustaz dan ilmuan agama.

Selalunya mereka akan menasihatkan kita supaya rajinkan bersembahyang dan banyakkan berzikir.

Minta pertolongan daripada Allah dan beranikan diri.

Namun jika merasakan masalah ini serius dah perlu bantuan, Alif juga boleh meminta pertolongan mana-mana di cawangan Darul Syifa berdekatan.

Insya-Allah perkara ini dapat

Itu kisah Alif, bagaimana pula dengan kisah seram yang dilalui oleh Rusdi?

Jangan lupa saksikan filem Town Mall yang mengangkat kisah seram pembangunan sebuah bangunan yang terbiar.

Akibat gangguan halus yang sering berlaku, pembinaan Town Mall terpaksa dihentikan dan sejak itu ia terbiar kosong selama 10 tahun.

Kini, sebuah syarikat pembinaan merancang untuk menyambung semula dan menyiapkan bangunan terbiar itu untuk dijadikan sebuah pusat beli belah terkemuka.

Pengurus projek iaitu Rusdi ditugaskan untuk memantau projek baru itu.

Pada awalnya pembinaan itu berjalan dengan lancar, sehinggalah suatu hari kejadian sama dari 10 tahun lalu berlaku semula.

Jangan lupa saksikan naskhah lakonan Datuk Seri Eizlan Yusof, Reen Rahim, Intan Ladyana, Nynaa Harizal, Adam Shahz, Datuk Jalaluddin Hassan, Erry Putra, Hafizuddin Fadzil, Nor Albaniah, Ku Faridah dan Farahdhiya di pawagam rumah anda!

Langgan filem Town Mall bermula 25 Jun ini di Astro First saluran 480!

Kak Gee: Jika ada sebarang masalah, hantarkan persoalan anda di laman sosial Astro Gempak, Facebook, Instagram atau Twitter... PM Tepi je!