Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Viral

#PMTepiKakGee: “Terlalu banyak masalah; Kerja, Rumah, Member, Masa Depan” - Gadis Rasa Sangat Terbeban

Gempak Spot 21/05/2020 | 14:45 MYT
Soalan:
Hai Kak Gee. Saya terlalu banyak masalah hingga tak terungkap dengan kata-kata. Masalah komitmen. Masalah kerja. Masalah rumah. Masalah member. Masalah future.
Kenapa saya je kena berkorban untuk kesenangan orang lain? Kuatkan lah iman ku ini Ya Allah. Permudahkan lah jalan kehidupanku. Aminn.
Yang Terbeban, Jelitapearl
Jawapan:
Hai Jelitapearl. Kak Gee harap semuanya baik-baik belaka. Berat benar bebanan yang Kak Gee rasa dipikul oleh Jelitapearl.
Tapi Kak Gee nak beritahu JelitaPearl bahawa kita semia pernah melalui perkara yang sama. Kak Gee juga. Ada masa kita rasa beban seluruh dunia berada di bahu kita. Kita rasa kita seorang sahaja yang ambil berat, sedangkan orang lain buat tak tahu saja.
Memang biasa terjadi rasa sebegini. Jadi Kak Gee nak pesan untuk Jelitapearl supaya lalui satu persatu dengan tenang. Tidak ada masalah yang tidak boleh diselesaikan dan tidak ada perkara yang tidak boleh dibawa berbincang.
Luahkan perasaan Jelitapearl kepada mereka yang dipercayai. Beritahu kepada mereka yang berkaitan tentang apa yang Jelitapearl rasa tak puas hati atau perlu diperbaiki.
Kak Gee nak Jelitapearl tahu bahawa Jelitapearl tidak berseorangan dalam hal ini. Tabahkan hati dan kuatkan pendirian. Kelilingi diri dengan orang-orang yang positif dan dapat membantu menggembirakan diri Jelitapearl. Kak Gee pasti jelitapearl akan dapat mengatasinya dan menjadikannya pengalaman hidup yang mematangkan lagi diri kita.
Salam sayang dari Kak Gee!
Kak Gee: Jika ada sebarang masalah, hantarkan persoalan anda di laman sosial Astro Gempak, Facebook, Instagram atau Twitter... PM Tepi je!
#PMTepiKakGee #Gadis Terbeban
;