Soalan:

Assalamualaikum Kak Gee. Saya dah bertunang. Lama dah kami bertunang dan banyak kali dah kami plan nak kawin tapi asyik tak jadi je sebab alasannya duit masih tak cukup. Tunang seringkali cakap kami ni tak sehaluan dan tak sependapat.

Seringkali kami berbalah walaupun hanya sekadar masalah yang kecil. Tapi walau macam tu pun saya tak mampu tinggalkan dia kerana saya rasa bertanggungjawab atas diri dia asbab kerana dia saya dapat diploma saya. Asbab kerana saya, dia datang kerja sini. Jadi, apa perlu saya buat untuk semua ni?

Leedani


Jawapan:

Waalaikumussalam Leedani. Masalah Leedani ini sering akan menjadi punca berlakunya salah faham di masa hadapan. Kerana rasa ‘terhutang budi’, Leedani bagaikan terikat dengan tunang.

Perkara utama yang perlu Leedani tanya pada diri sendiri dan tunang Leedani, adakah masing-masing masih saling menyayangi di antara satu sama lain? Kalau jawapannya ya, maka perkara-perkara kecil perlu dibawa berbincang demgan baik supaya ianya tidak menjadi semakin besar.

Perbincangan antara keluarga juga perlu dibuat untuk memastikan perancangan perkahwinan boleh dibuat dengan lancar. Tidak perlu majlis secara besar-besaran sampai terpaksa menangguh tarikh perkahwinan beberapa kali kerana tidak cukup perbelanjaan. Sekarang ini, semua orang buat majlis kecil-kecilan sahaja dan tumpukan sumber kewangan untuk masa hadapan bila sudah menjadi pasangan suami isteri.

Jangan biarkan soal kewangan menjejaskan hubungan Leedani dengan tunang. Orang lelaki, egonya tinggi sedikit, jadi perlulah kita memahami dan berbincang dengan baik. Sifat tolak ansur kena ada dari sekarang sebelum berganjak ke arah berumah tangga.

Jika sekarang ini, benda-benda kecil pun hendak bergaduh, bagaimana nanti nak hadapi masalah-masalah lebih besar kalau tidak ada sifat beralah dan bertolak ansur. Jadi bincanglah secara baik bersama tunang. Jangan biarkan masing-masing makan hati dengan pergaduhan-pergaduhan kecil.

Masing-masing perlu faham dengan pengorbanan masing-masing dan jangan jadikan alasan rasa tanggungjawab itu ada dalam diri kalau sudah tidak ada rasa kasih sayang antara satu sama lain. Perkara pokoknya adalah bawa berbincang.

Kak Gee harap Leedani dapat selesaikan perkara ini dengan baik sebelum melarat. Salam sayang daripada Kak Gee!



Itu kisah Leedani, bagaimana pula dengan kisah keluarga Iskandar?

Jangan lupa saksikan filem Keluarga Iskandar The Movie (KITM) yang mengetengahkan kehidupan keluarga arwah Haji Iskandar yang mempunyai pelbagai ragam serta gelagat.

KITM mengisarkan tentang Keluarga Iskandar merancang untuk konvoi bersama ke majlis perkahwinan Faris iaitu bekas teman lelaki Adibah di Pontian, Johor.

Akan tetapi perjalanan ke majlis Faris agak lambat kerana Mak Jah asyik memaksa keluarganya menyinggah ke setiap satu rumah saudara sepanjang perjalanan ke Pontian.

Akibat terlalu bosan, Princess dan Dardar telah merancang untuk ke taman tema tanpa pengetahuan keluarga mereka. Kehilangan mereka berdua telah menggemparkan keluarga Iskandar.

Selain Anita, pelakon siri asal ini turut membuat kemunculan termasuklah Kismah Johar, Hilal Azman, Zain Hamid, Anita Baharom, Azhar Sulaiman, Raja Ema, Sobri Anuar, Hiera Hassan, Izz Ilham, Khayrisyah Kemal, Wan Rania Humairah, Taqim Zaki, Wan Adam Danish dan Dhia Iskandar.

Temui karakter-karakter kesayangan anda menerusi filem KITM yang ditayangkan terus ke pawagam rumah anda, Astro First di saluran 480 bermula 16 Julai 2020.

Kak Gee: Jika ada sebarang masalah, hantarkan persoalan anda di laman sosial Astro Gempak, Facebook, Instagram atau Twitter... PM Tepi je!