“Poligami Yang Memecah Belahkan Itu Bukan Sunnah” - Ibu Syamsul Yusof Perli Anak Sendiri?
18/01/2023 01:00 MYT
Susulan krisis rumah tangga sejak empat tahun lalu yang tidak menemui jalan terbaik, pelakon Puteri Sarah nekad memfailkan perceraian dengan suami, Syamsul Yusof.
Malah, tindakan aktres tersebut berbuat demikian adalah juga disebabkan dirinya tidak rela dimadukan selepas Syamsul membuat pengakuan sudah bernikah dengan Ira Kazar sebagai isteri kedua di Thailand, baru-baru ini.
Selain Puteri Sarah, difahamkan perkahwinan Syamsul dan Ira Kazar juga tidak mendapat restu daripada ibu bapa pengarah filem Munafik itu, iaitu Datin Patimah Ismail dan suami, Datuk Yusof Haslam.
Bertitik tolak daripada tindakan Puteri Sarah yang menfailkan penceraian, Patimah dilihat telah memuat naik satu kata kata (quotes) yang diambil daripada sebuah portal dan berkongsi semula di Instagram Stories miliknya.
Quotes berkenaan menceritakan mengenai hidup berpoligami daripada sudut pandang Agama Islam.
“Islam tidak menyuruh berkahwin lebih daripada seorang, tetapi membenarkannya dengan bersyarat.
“Poligami yang memecah belahkan itu bukan mengikut sunnah,” kongsinya.
Melihat kepada perkongsian tersebut, ia seakan akan mempunyai kaitan dengan tindakan menantunya Puteri Sarah yang menfailkan cerai terhadap anaknya, Syamsul selepas dikhianti dan bernikah sekali lagi tanpa izin isteri pertama serta restu keluarga.
Ini kerana, Syamsul sebelum ini menerusi satu perkongsian video mendedahkan dia berkahwin seorang lagi adalah kerana takdir yang sudah ditetapkan Tuhan dan perkahwinannya tidak salah kerana mengikut Sunnah.
Patimah juga sebelum ini sering menyuarakan sokongan kepada Puteri Sarah secara terang terangan.
Malah, Patimah pernah menyifatkan Ira Kazar sebagai seorang wanita yang kejam dan tidak akan memaafkan keluarganya termasuk bapanya iaitu Kazar Saisi kerana menjadi punca menantu serta cucu-cucunya menderita.
Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.