Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Laman Utama

Polis Buka Kertas Siasatan Video Lucah Tular Pendakwah Terkenal

Asraf Aided 23/09/2021 | 22:40 MYT
Pihak polis telah membuka satu kertas siasatan ekoran penularan video dan mesej lucah yang didakwa melibatkan seorang pendakwah terkenal di aplikasi Telegram.
Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan, dengan sengaja mengaibkan dengan niat mahu membangkitkan pecah keamanan.
Kata beliau lagi, pihaknya juga menyiasat perkara terbabit mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penggunaan perkhidmatan rangkaian yang tidak wajar.
"Polis Diraja Malaysia (PDRM) menasihatkan orang ramai untuk menjadi pengguna media sosial yang bijak, berhemah dan tidak menggunakan platform terbabit sehingga boleh mendatangkan kegentaran awam, menggugat keharmonian negara dan menjejaskan siasatan.
"Tindakan tegas tanpa kompromi bakal diambil terhadap mana-mana individu yang sengaja menggugat ketenteraman serta keselamatan awam," katanya seperti yang dipetik dari BH Online.
Kepada orang ramai yang mempunyai maklumat tentang perkara ini, anda boleh menghubungi Ketua Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Superintendan Junainah M Kasbolah atau Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohd Khabir Mohd Afandi pada talian 03-22666071.
Terdahulu, sebuah badan bukan kerajaan (NGO) tampil mendedahkan tentang gangguan seksual yang didakwa melibatkan seorang penceramah terkenal menerusi Telegram.
Multiracial Reverted Muslims (MRM) mendedahkan foto paparan skrin perbualan berunsur lucah antara penceramah tersebut dengan seorang wanita adalah untuk mewujudkan kesedaran bahaya pemangsa seksual.
Sumber: BH Online
#Polis #Kertas Siasatan #Pendakwah Terkenal
;