Berita
Polis Buru Lelaki Gemar Buang Air Besar Di Laluan Jiran
Polis Britain masih memburu seorang lelaki yang gemar membuang air besar di laluan milik jirannya.
Kecoh Sekampung
Kampung Camber di Sussex, England digemparkan oleh tindakan lelaki tersebut yang meninjau kawasan itu untuk membuang air besar.
Rakaman sistem televisyen litar tertutup (CCTV) pada Khamis lalu menunjukkan seorang lelaki berdiri di satu sudut garaj dengan membawa bersama gulungan kertas tandas.
Dia kemudian mencangkung sambil melondehkan seluarnya untuk membuang air besar di hadapan orang yang mungkin lalu lalang ketika dia melakukan perbuatan tidak senonoh tersebut.
Selepas melepaskan hajat, lelaki itu berjalan meninggalkan tempat kejadian tetapi masih membawa kertas tandasnya.
“Hantu pembuang air besar...
Sumber lain turut melaporkan kisah aneh itu dengan menulis: “Hantu pembuang air besar beraksi sekali lagi di Camber!”
Ia kemudian mendapat reaksi daripada pengguna media sosial.
BERITA TRENDING:Menteri Pendidikan Kekal Keputusan UPSR & PT3 Dimansuhkan - "Anak-Anak Bukan Tikus Makmal"
BERITA TRENDING: Hidup ‘Papa Kedana’, Lelaki Dengan Pendapatan RM13 Sehari Miliki Dua Isteri
BERITA TRENDING: Bius Sampai Pengsan, Lelaki Rekrut 50 Lelaki Untuk R*gol Isteri
BERITA TRENDING: Setiap 4 Hingga 6 Minit, Seorang Maut Akibat Gigitan Ular - WHO
Seorang netizen berkata: “Dia pasti mempunyai alasan tersendiri. Sangat menyedihkan seseorang terpaksa melakukan perkara ini.”
Sumber: Kosmo!
Must-Watch Video