Usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat sekali lagi menjadi buruan pihak polis.

Kali ini dia kehendaki bagi membantu siasatan berhubung kes penipuan menukar maklumat kad pengenalan.

Menerusi satu kenyataan dikeluarkan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya hari ini, Sajat yang juga saksi dikehendaki hadir prosiding perbicaraan kes berkenaan di Mahkamah Ampang Jaya pada 14 Julai ini.

"Bahagian Siasatan Jenayah Komersial IPD Ampang Jaya sedang mengesan Muhammad Sajjad yang beralamat terakhir di Kota Damansara, Seksyen 10, Petra Jaya, Selangor bagi menghadiri perbicaraan kes terbabit," katanya.

Anda boleh lihat kenyataan tersebut di bawah.

Terdahulu, Sajad mencetuskan kontroversi apabila diburu pihak berkuasa selepas waran tangkap terhadapnya dikeluarkan.

Semuanya gara-gara tindakannya yang gagal hadir sebutan semula pertuduhan berpakaian wanita di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor.

Selepas itu pula, Sajad didakwa didakwa sedang bersembunyi di Thailand selepas menghilangkan diri susulan waran tangkap berkenaan.