Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Polis Buru Suspek Larikan Kereta Di Parkir Stesen Minyak

Gempak
04/06/2024 12:25 MYT
Polis memburu suspek kes melarikan sebuah kereta yang ditinggalkan bersama penumpang wanita warga emas di sebuah stesen minyak di Semambu dekat sini pada Isnin.

Tindakan nekad lelaki terbabit sempat dirakam kamera litar tertutup (CCTV) premis stesen minyak sebelum videonya dimuat naik dan tular di laman sosial.

Berita Trending: Ibu Fatimah The Family UK Kongsi Fenomena Pelik Sejam Sebelum Prosedur…

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari berkata, suspek menurunkan penumpang di tepi jalan kira-kira 400 meter dari tempat kejadian dan terus melarikan kereta jenis Honda City milik seorang akauntan wanita berusia 38 tahun.

Menurutnya, kejadian kira-kira jam 3.10 petang itu berlaku ketika mangsa yang beralamat dari Sentul, Kuala Lumpur bersama ayah, 77 tahun dan emaknya, 66 tahun berhenti di stesen minyak berkenaan untuk mengisi minyak serta ke tandas.

Berita Trending: Isu Lagu Pulangkan ‘Berhantu’ Sampai Masuk Dalam Mimpi, Ajai Dedah…

"Ketika mangsa mengisi minyak, ayah dan ibunya turun ke tandas.

"Selepas selesai mengisi minyak, wanita itu meletakkan keretanya di parkir berhampiran tandas dan turun meninggalkan kereta dalam keadaan enjin masih hidup kerana ibunya telah masuk dan berada dalam kenderaannya itu," katanya.

Berita Trending: Momen Makan-Makan Abby Abadi Bersama Keluarga, Aslam & Marissa Raih…

Beliau berkata, ketika berjalan menuju ke tandas, mangsa terdengar emaknya menjerit meminta tolong dan melihat keretanya bergerak dalam keadaan laju.

"Ibunya yang tidak sempat turun turut dilarikan sebelum ditinggalkan tidak jauh dari lokasi kejadian," katanya.

Dalam pada itu, Wan Mohd Zahari berkata, hasil siasatan mendapati suspek datang ke stesen minyak itu menaiki sebuah motosikal jenis Honda EX-5.

"Setelah sampai, suspek terus masuk ke dalam kereta mangsa dan melarikannya.

"Semakan ke atas motosikal yang ditinggalkan suspek mendapati ia motosikal curi menggunakan nombor pendaftaran palsu," katanya.

Tambahnya, selain kereta, mangsa turut kehilangan telefon bimbit jenis IPhone 14, kad Touch n Go (TnG) dan Smart Tag yang berada dalam kenderaan dilarikan manakala anggaran nilai kerugian mencecah RM94,000.

"Usaha mengesan suspek dan kenderaan mangsa sedang dijalankan dan kes disiasat di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan," katanya.

Sumber: Sinar Harian
#Polis #Kereta #Suspek #Buru #larikan
;