Jabatan Polis Los Angeles (LAPD) telah ‘bersedia’ untuk menangkap Will Smith pada malam Anugerah Akademi selepas pelakon itu bertindak menampar pelawak Chris Rock ketika sedang mengacarakan majlis berkenaan.

Hal tersebut disahkan sendiri oleh penerbit Oscar, Will Packer.

"Mereka (pihak polis) berkata, 'Ini adalah serangan fizikal.' Perkataan tersebut yang mereka gunakan pada masa itu.

"Tambah pegawai itu lagi, mereka sudah bersedia untuk menangkap Will Smith dalam keadaan segera dan kami boleh mendakwanya (Will Smith) pada malam berkenaan,” ujar Will Packer ketika ditemubual menerusi program Good Morning America.

Namun, Will Packer menegaskan, Chris ‘menolak’ cadangan untuk mendakwa pelakon yang popular menerusi siri sitkom The Fresh Prince of Bel-Air itu.

Pihak Akademi pada mulanya memberitahu yang bahawa mereka meminta Will Smith untuk beredar daripada majlis berkenaan susulan insiden tamparan tersebut.

“Hal ini terjadi dalam cara yang tidak kami jangkakan. Kami ingin menjelaskan bahawa Will Smith telah diminta untuk meninggalkan majlis itu dan menolak, kami juga menyedari bahawa kami boleh mengendalikan situasi secara berbeza

"Sungguhpun kami ingin menjelaskan bahawa Will Smith telah diminta untuk meninggalkan majlis tetapi dia menolak, kami juga menyedari bahawa kami boleh mengendalikan situasi berkenaan dengan cara berbeza,” kata The Academy pada Associated Press pada Rabu lalu.

Sungguhpun begitu, terdapat laporan yang mengatakan Will Smith tidak pernah diminta untuk beredar dan difahamkan, Will Packer yang mahukan dia untuk terus berada di lokasi sehingga majlis selesai.