Laman Utama

Polis Gagal Lindungi Lara, Muncul Lelaki Pertahankan Aiman… Drama ‘Liar’ Semakin Mendebarkan!

gempak
Asyikin Mayudin
08/04/2023
07:55 MYT
Sponsor Banner
Polis Gagal Lindungi Lara, Muncul Lelaki Pertahankan Aiman… Drama ‘Liar’ Semakin Mendebarkan!
Drama adaptasi siri thriller British pencalonan BAFTA iaitu Liar kini memasuki episod kedua bertambah berdebarkan buat penonton.
Babak yang mendebarkan apabila pihak polis gagal melindungi Lara dan Fariz (lakonan Wan Raja) membantu Lara untuk mencari rahsia Aiman.
Namun, tiba-tiba muncul pula seorang lelaki dari masa lampau Lara untuk mempertahankan Aiman.
Terdahulu, episod pertama sudah memberi gambaran mengenai jalan cerita yang menarik mengenai karakter Lara Sulaiman iaitu lakonan Tiz Zaqyah dan Aiman (lakonan Tony Eusoff).
Malah watak yang dipegang Ezzaty Abdullah iaitu kakak kepada Lara turut menjadi perhatian kerana karakternya di luar jangkaan.
Liar membariskan pelakon-pelakon hebat negara seperti Tiz Zaqyah, Tony Eusoff, Ezzaty Abdullah, Dato’ Jalaluddin Hassan, Wan Raja, Nadiya Nisaa, Atilia Haron, Nazrief Nazri, Haridhass Selvaraju, Naz Rahman, Nas-T, Aniq Suhair, Farah Ahmad, Joyce Harn dan Charles Roberts.
Two sides, One Truth. Liar mengisahkan tentang Lara Sulaiman, seorang guru yang bijak dan berdedikasi. Selepas bercerai dengan suaminya, Lara cuba untuk ‘move on’ dan mula keluar janji temu.
Pertemuan dengan pakar bedah Aiman mengubah kehidupan Lara.
Bila pertemuan indah berubah menjadi tuduhan rogol menimbulkan pelbagai persoalan.
Namun Aiman mendakwa dia tak bersalah manakala Lara pula melancarkan serangan dalam talian terhadap Aiman. Siapa yang menipu?
Naskhah itu juga mendapat sentuhan pengarah Jason Chong, Imri Nasution dan Lim Siu Min.
Saksi drama premium, Liar mulai 25 Mac 2023, setiap Sabtu, bermula pukul 12 tengah malam di platform On Demand atau Astro Go.
Manakala, Liar juga sudah mula ditayangkan di Astro Ria pada 3 April lalu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live