Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Laman Utama

Polis Mengesan Saksi Kes Gangguan Seksual Ebit Lew

Gempak 06/04/2022 | 02:50 MYT
Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih mengesan saksi bagi membantu siasatan kes gangguan seksual membabitkan pendakwah terkenal Ebit Irawan Lew Ibrahim Lew atau lebih dikenali Ebit Lew.
Tanpa mendedahkan butiran lanjut, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, ia adalah proses bagi melengkapkan kertas siasatan sebelum pendakwaan dibuat.
"Selain itu, polis juga sedang mengemas kini kertas siasatan berhubung kes ini daripada laporan-laporan yang lama dan saya enggan mengulas lanjut kerana ia masih dalam siasatan," katanya ketika dihubungi Bernama semalam.
Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai perkembangan terbaharu kes membabitkan pendakwah berkenaan.
Pada Feb lalu, Ebit Irawan mengaku tidak bersalah atas 11 pertuduhan berkait gangguan seksual di Mahkamah Majistret di Tenom, Sabah.
Mahkamah membenarkan Ebit Irawan dilepaskan dengan jaminan RM1,000 untuk setiap pertuduhan dengan dua penjamin sementara perbicaraan kes dan menetapkan 20 April ini untuk sebutan semula kes.
Sumber: Bernama
#Polis #Saksi #Gangguan Seksual #Siasatan #Kesan #Lew #'Ebit
;