Polis Nafi Dakwaan Pemilik Twitter Dolla Dalam Kejadian Di Puchong
Izwan Isa
23/12/2022 07:50 MYT
23/12/2022 07:50 MYT
Polis pada Khamis menafikan dakwaan seorang pemilik akaun Twitter bahawa beliau dan tiga rakannya telah ditahan tiga individu yang didakwa menyamar sebagai polis, dalam kejadian di Puchong, Selasa lepas.
Ketua Polis Daerah Serdang ACP A A Anbalagan dalam kenyataan di sini berkata sebaliknya ketiga-tiga individu itu adalah anggota polis sebenar dan sedang menjalankan tugasan pemantauan dan rondaan cegah jenayah.
"Ketiga-tiga anggota polis itu sedang membuat pemantauan kegiatan ops pusat hiburan dan rondaan cegah jenayah di kawasan pentadbiran Puchong Jaya. Mereka telah memperkenalkan diri sebagai polis dan menunjukkan kad kuasa sebelum meminta kad pengenalan empat wanita terbabit untuk membuat semakan rekod jenayah.
Tindakan berkenaan diambil selepas mendapati empat wanita itu berada dalam keadaan mencurigakan di tepi jalan pada 11.30 malam dan mereka kemudian dibenarkan beredar dari lokasi selepas pemeriksaan polis tidak menemui sebarang kesalahan dilakukan," katanya.
Terdahulu, pemilik akaun Twitter bernama DOLLA mendakwa beliau bersama tiga rakannya telah ditahan oleh tiga individu yang disyaki menyamar sebagai polis ketika sedang menunggu kenderaan untuk pulang ke rumah selepas selesai latihan menari.
A Anbalagan berkata justeru itu, pemilik akaun Twitter berkenaan diminta tampil bagi membantu siasatan bagi menentukan sama ada terdapat kesalahan semasa menjalankan tugas.
Sumber: Bernama menerusi Astro Awani
Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.