Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

Polis Nafi Kanak-Kanak Disembelih Jiran Di Kuantan

Ernalisa
04/10/2024 04:25 MYT
Polis menafikan terdapat kes seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun disembelih oleh jirannya di daerah ini sebagaimana yang tular di media sosial sejak Khamis.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu menjelaskan sebaliknya kanak-kanak itu cedera di bahagian leher selepas dicederakan lelaki berusia 25 tahun dengan menggunakan garpu dalam kejadian Rabu malam

BERITA BERKAITAN : Merinding...Suara Zara Zya Tiba-Tiba Bertukar Jadi Garau Masa Sebut Perkataan 'Iblis'

BERITA BERKAITAN : Paula Verhoeven Kata Suami Sibuk, Baim Wong Tak Tahu Isteri Tunai Umrah


BERITA BERKAITAN : 7 Tahun Masalah Berkomunikasi, Autism Dewasa ‘Penyelamat’ Rumah Tangga | Motif Trending

BERITA BERKAITAN : 7 Tahun Masalah Berkomunikasi, Autism Dewasa ‘Penyelamat’ Rumah Tangga | Motif Trending

Menurutnya, susulan insiden itu, pihak polis menerima maklumat awal daripada orang awam melalui Pusat Kawalan Daerah (DCC) Kuantan pada jam 7.45 malam berkaitan pergaduhan membabitkan senjata sehingga ada individu yang tercedera.


"Sepasukan polis dari Balai Polis Jaya Gading diarahkan ke lokasi kejadian dan hasil siasatan awal mendapati kejadian membabitkan seorang kanak-kanak dan lelaki dewasa yang merupakan jiran kepada mangsa serta mempunyai pertalian saudara dengannya.


"Mangsa telah dicederakan dan akibat itu, mangsa melarikan diri ke rumah jirannya. Situasi ini menyebabkan berlaku kekecohan antara jiran dan individu yang mencederakan kanak-kanak terbabit," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis malam.

Wan Mohd Zahari berkata, mangsa dan suspek berkenaan dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk menerima rawatan dan disahkan tidak mengalami kecederaan serius selain dirawat sebagai pesakit luar.


Beliau menambah, berdasarkan keterangan ahli keluarga mangsa, suspek adalah penuntut di sebuah universiti awam mengalami tekanan perasaan sejak beberapa hari lalu.

"Suspek tidak mempunyai sebarang rekod lampau dan ujian air kencing juga negatif daripada salah guna dadah.

"Siasatan lanjut dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Kuantan," katanya.
Sehubungan itu, Wan Mohd Zahari menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi di media sosial yang boleh mendatangkan kegusaran dan ketakutan kepada masyarakat.


SUMBER:Sinar Harian

#Kes #Kanak #tiada #disembelih
;