Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Polis Panggil Penganjur, Siasatan Mendapati Majlis Gagal Patuhi SOP &…

Hanafis Haris
29/03/2021 04:34 MYT
Siasatan terhadap majlis perkahwinan Neelofa, 32, dengan pendakwah bebas, Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz, 26, berkaitan isu pematuhan prosedur operasi standard (SOP) kini diteruskan.

Menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah, polis kini sudah membuka kertas siasatan dan seterusnya akan memanggil penganjur majlis.

Menurutnya, siasatan mendapati majlis yang berlangsung itu gagal mematuhi SOP ditetapkan dan tiada penjarakan fizikal.

“Susulan itu kita akan memanggil penganjur bagi membantu siasatan," katanya dalam kenyataan hari ini.

“Kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 21A Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342),” katanya menerusi Harian Metro.

Sekadar info, pada Sabtu, Neelofa, dan PU Riz, selamat bergelar suami isteri dalam sebuah majlis tertutup serba putih yang diadakan di hotel Grand Hyatt, Kuala Lumpur.

Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd Noor menerima mas kahwin berupa sebentuk cincin.

Majlis yang terdiri daripada 200 tetamu itu dihadiri teman-teman rapat selebriti dan ahli keluarga kedua-dua belah pihak.

Sumber Gambar : MalaysianGazzette

#Neelofa #SOP #Neelofa kahwin #DangWangi #PURiz
;