Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Polis Sahkan Banduan Terima Rawatan Lari Dari Hospital Sungai Buloh

Gempak
19/09/2024 01:53 MYT
Seorang banduan memiliki lapan rekod jenayah dan dadah melarikan diri ketika menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintenden Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, individu terbabit merupakan banduan di Penjara Sungai Buloh.


BERITA BERKAITAN : Zizan Razak & Johan Pertaruh Nasib Dengan Idea 13 Tahun Dato’ Afdlin? | GMW Highlights

BERITA BERKAITAN : Baik Punya Ah Long: Chew Kin Wah Syukur Ditawarkan ‘Job’ Sewaktu Pandemik - “Shoot Filem Ini Bukan Mudah..”

BERITA BERKAITAN : Seronok Bekerja Bersama, Nabila Huda Sifatkan Leona Bukan Bimbo - "Dia Kelakar, Manja & Bijak"

BERITA BERKAITAN : Nani Roslan Berang Dengan Abang Bas, Video ‘Ajar’ Netizen Tular | Motif Trending


Beliau berkata, polis menerima maklumat berkaitan kejadian pada jam 3.56 petang.


"Banduan yang dikenali sebagai Kalai Kumar Anandan, 27, ketika kejadian sedang mendapatkan rawatan di Hospital Sungai Buloh.



"Bagaimanapun, individu terbabit dilaporkan telah tiada di katilnya ketika berada di hospital berkenaan dan dipercayai melarikan diri," katanya menerusi kenyataan pada Rabu.

Katanya, usaha giat dijalankan bagi mengesan serta menahan banduan berkenaan.


Semakan mendapati individu terbabit memiliki lapan rekod jenayah terdiri daripada empat rekod jenayah dan empat rekod membabitkan kes narkotik.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan diminta segera menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Sungai Buloh di talian 03-61561222 atau mana-mana balai berdekatan," katanya


SUMBER:Sinar Harian

#Banduan #Ketika #Rawatan #Lari