Jom undi InilahHeroKITA 2024 yang memberikan inspirasi melalui media sosial sekarang! 

Polis Sahkan Lelaki Pijak Kolam Deepavali & Perakam Direman Tiga Hari

Gempak
31/10/2022 08:00 MYT

Polis mengesahkan telah menahan individu tular memijak hiasan kolam Deepavali dan perakam video berkenaan selepas kedua-dua mereka hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara pada Ahad

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Vijaya Rao Samachulu berkata, kedua-dua suspek berusia lingkungan 20-an dan 30-an itu hadir di IPD Klang Utara sekitar jam 11 malam.

"Kedua-dua suspek telah hadir ke IPD Klang Utara dan ditahan. Mereka akan direman selama tiga hari untuk membantu siasatan

"Kedua-dua individu terbabit merupakan kakitangan sebuah hospital swasta dan motif kejadian masih dalam siasatan," katanya seperti dilapor Sinar Harian.

Terdahulu, lelaki itu tular selepas memijak dan berjalan di atas hiasan perayaan Deepavali atau kolam di sebuah hospital swasta di sini baru-baru ini.

Ketua Balai Polis Bandar Baru Klang dilaporkan membuat satu laporan terhadap individu terbabit selepas mengesan video berdurasi 37 saat memaparkan tindakan suspek berkenaan tular di TikTok.

SINAR HARIAN

#Viral #Polis #Tular #Direman #Kolam #Kolam Deepavali #Lelaki Pijak Kolum Deepavali