,
Viral

Polis Sahkan Sabari Dibunuh, Dicampak Ke Dalam Sungai

Gempak
01/10/2024
00:25 MYT
Misteri kehilangan bekas pegawai kewangan sebuah agensi kerajaan, Sabari Baharom, 62, di Baling akhirnya terungkai selepas polis menahan dua lelaki tempatan yang disyaki membunuh mangsa.
Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh berkata, hasil soal siasat suspek, Sabari dikatakan dicampak ke dalam Sungai Padang Terap, Jitra dalam keadaan tangan diikat dan mulut ditutup dengan pita pelekat.
Menurutnya, kedua-dua suspek berusia 26 dan 38 tahun itu ditahan pada Jumaat lalu, mengaku melakukan perbuatan berkenaan.
"Pengakuan telah dibuat oleh kedua-dua suspek bahawa mangsa telah dicampak ke dalam Sungai Padang Terap.
"Bagaimanapun, sehingga kini mangsa masih gagal dijumpai dan usaha pencarian masih dilakukan,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Susulan itu, beliau berkata, siasatan yang dilakukan membabitkan mangsa hilang kini dilanjutkan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Jelasnya, perkembangan itu telah pun dimaklumkan kepada keluarga mangsa.
“Semua pihak dinasihatkan tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kejadian dan menghormati serta menjaga sensitiviti keluarga mangsa.
“Sebaliknya orang ramai diminta untuk membantu menyalurkan maklumat berkaitan kejadian kepada pihak polis,” katanya.
Sinar Harian sebelum ini melaporkan Sabari dipercayai keluar berjumpa rakannya dengan menaiki kereta Proton Waja berwarna emas pada malam 3 September lalu.
Bagaimanapun, keesokan harinya mangsa gagal dihubungi.
Kehilangan itu dianggap misteri oleh ahli keluarga memandangkan kereta Proton Waja milik mangsa ditemui dibakar di kawasan pembuangan sampah di gaung Hutan Gubir, Sik, namun mangsa tidak ditemui.
Ahli keluarga mengesyaki Sabari dilarikan individu tidak dikenali berikutan berlaku beberapa transaksi pemindahan wang dari akaun lelaki itu ke akaun bank milik orang lain dalam tempoh dua hari selepas kehilangannya.
Sumber: Sinar Harian
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

“Saya Masih Hormat Dia Sebagai Ayah Yang Baik & Bertanggungjawab” - Cik Epal Tak Mahu Keruhkan Keadaan

gempak
01/10/2024
01:25 MYT
Pempengaruh media sosial dan usahawan, Cik Epal mengakui masih menghormati Jofliam sebagai suami walaupun berdepan dengan masalah rumah tangga.
Gaya Hidup

Jangka Hayat Bayi Lahir Pada 2024 Dijangka Hidup Sehingga 75.2 Tahun

gempak
30/09/2024
16:21 MYT
Bayi yang lahir pada 2024 secara purata dijangka hidup sehingga 75.2 tahun dengan bayi perempuan hidup 4.8 tahun lebih lama berbanding bayi lelaki, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
Hiburan

Main Pickleball 26 Jam Tanpa Henti, HITZ, MIX dan LITE Lakar Rekod Malaysia Book Records

gempak
30/09/2024
15:35 MYT
Stesen Astro Radio Bahasa Inggeris iaitu HITZ, MIX dan LITE melakar rekod baharu dalam Malaysia Book Records menerusi perlawanan Pickleball selama 26 jam tanpa henti di Dink2 @ Sunway Serene X-Park baru-baru ini.
Viral

Tiga Warga Vietnam Dipenjara Tergamak Jual Daging Kucing & Anjing

gempak
30/09/2024
07:25 MYT
Tiga warga Vietnam dijatuhi hukuman penjara 17 bulan dua minggu kerana menghidang daging anjing serta kucing dan mengendalikan restoran tanpa lesen di Hong Kong, lapor portal berita VN Express semalam.
Berita

Kelab Malam Tawar Kalung GRO Cecah RM100,000 Diserbu!

gempak
29/09/2024
14:50 MYT
Sebuah kelab malam mewah menawarkan kalung tip mencecah RM100,000 kepada gadis pelayan pelanggan (GRO) menerusi penemuan Ops Gegar di sebuah pusat beli-belah di Jalan Loke Yew, semalam.
BorakSeeni