Terkini
Polis Sahkan Terima Laporan Zikir Pelik Di Kubur
Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan menerima laporan berhubung tindakan sekumpulan individu berzikir secara pelik sebuah tanah perkuburan di Setapak.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohamad Lazim Ismail berkata, laporan polis itu dibuat berdasarkan satu video tular sekumpulan orang yang sedang berzikir dalam keadaan pelik di sebuah tanah perkuburan.
BERITA BERKAITAN: Filem Dicetak Rompak & Dimuatnaik Di TikTok, Penerbit Mahu Ambil Tindakan Undang-Undang
BERITA BERKAITAN: Lagi Kes Kematian Kucing Di UM, Polis Sahkan Terima Aduan Baru - "Kami Dalam Proses Dapatkan Rakaman CCTV"
Beliau berkata, perbuatan tersebut dipercayai berlaku pada Sabtu, jam lebih kurang 10.05 pagi.
"Pihak polis telah menerima laporan berhubung kejadian ini daripada orang awam.
"Kes ini dirujuk kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) untuk siasatan selanjutnya," katanya dalam satu kenyataan ringkas pada Ahad.
Terdahulu tular satu video berdurasi 23 saat memaparkan sekumpulan individu berzikir secara pelik dan kuat di sebuah tanah perkuburan di Danau Kota, Setapak.
Video tular di aplikasi X yang dimuat naik jam 2.50 petang pada Sabtu itu telah mendapat tontonan sebanyak 725,000.
Sumber:Sinar Harian
Must-Watch Video