BERITA
Polis Sahkan Wanita Jepun Jatuh Dari Tingkat 4 Isteri Usahawan Dan Pempengaruh
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan kematian wanita warga Jepun yang maut terjatuh dari tingkat empat sebuah kondominium di SS16, Subang Jaya, Selangor pagi Jumaat lalu adalah isteri kepada usahawan dan pempengaruh media sosial, Abdul Ridzuan Abdul Mutalib, 50, atau Ridzokumura.
Bagaimanapun, pihak polis memberitahu tiada unsur jenayah dalam kejadian itu.
" Ya kami sahkan itu isterinya (Ridzokumura), bagaimanapun kes ini masih dalam siasatan lagi dan ianya merupakan kes mati mengejut.
"Dalam siasatan ini kalau kita menemui sebarang saksi atau pun unsur jenayah kita akan maklumkan," katanya dalam sidang media di IPK Shah Alam Selangor.
Dalam pada itu jelas Datuk Hussein, pihak polis turut memberitahu telah memaklumkan kepada keluarganya di Jepun mengenai punca kematian.
Terdahulu pihak polis menyatakan menjumpai mangsa berusia 50-an ditemui meninggal dunia dalam keadaan meniarap di atas tanah oleh anggota polis peronda yang ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan MERS 999.
Pemeriksaan awal pada tubuh mangsa mendapati tiada unsur kecederaan di badan mangsa.
Menurutnya, siasatan mendapati mangsa seorang suri rumah dan sudah menetap di Malaysia sejak kira-kira 14 tahun lalu.
Sebelum ini Ridzokumura mengesahkan isterinya usahawan Akiko Okumura meninggal dunia pada Jumaat.
Berita duka itu disahkan sendiri oleh Ridzuan menerusi hantaran di media sosialnya beberapa hari lalu.
Sumber: Astro AWANI