Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Polis Siasat CEO Telegram Terlibat Kes Pedofilia

Awani
27/08/2024 02:55 MYT
Pengasas aplikasi mesej Telegram, Pavel Durov, ditahan di Perancis sebagai sebahagian daripada siasatan terhadap jenayah termasuk pornografi kanak-kanak, pengedaran dadah dan transaksi penipuan di platform tersebut.

Presiden Perancis Emmanuel Macron pada Isnin mengesahkan penahanan Durov, yang berlaku di Lapangan Terbang Le Bourget di luar Paris pada petang Sabtu.

BERITA BERKAITAN : Penyanyi Nasyid Saujana, Dr Idzu Dapat Gelaran Datuk! - "Saya Rasa Macam Dilahirkan Semula"

BERITA BERKAITAN : Wow! Nadhir, Arabella & Mierul Berlakon Dalam Drama Adaptasi Dari Jepun! | Singgah Set

BERITA BERKAITAN : Syamel Tak Halang Anak Terjun Bidang Seni Hiburan - “Selfish Kalau Saya Nak..”

BERITA BERKAITAN : Kubur Penyanyi Glenn Fredly Terbakar Gara-Gara Lilin Dari Peminat


Macron menegaskan bahawa tidak ada motif politik dalam penahanan tersebut, walaupun terdapat banyak komen palsu di dalam talian.

Tambah beliau Perancis tetap komited terhadap kebebasan bersuara yang sah.

Manakala Pendakwa Raya Paris, Laure Beccuau, mengeluarkan kenyataan bahawa Durov ditahan sebagai sebahagian daripada siasatan terhadap seseorang yang tidak dinamakan, yang dilancarkan oleh Unit Jenayah Siber pejabatnya pada 8 Julai.

Siasatan ini juga melibatkan dakwaan pengendalian platform yang membenarkan transaksi haram, pornografi kanak-kanak, pengedaran dadah, penipuan, serta pengubahan wang haram.

#Jenayah #Telegram #Kanak-Kanak #CEO