Chef selebriti terkenal, Chef Wan disiasat Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, susulan hantaran berbaur perkauman membabitkan bintang Bollywood, Aishwarya Rai.

Komen Berbaur Perkauman?

Menerusi komen yang ditinggalkan oleh Chef Wan atau nama sebenarnya Datuk Redzuawan Ismail, 66, tukang masak terkenal itu menyifatkan gaun yang dipakai aktres tersohor di Festival Filem Cannes tersebut seakan-akan membawa kavadi ke upacara Thaipusam di Batu Caves.

“Dia bawa kavadi dekat belakang menghala ke Batu Caves untuk upacara Thaipusam,” tulis Chef Wan.

Lantaran penularan komen yang diberikan, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd Zahari berkata pihakya menerima satu laporan berhubung kes terbabit.

"Kes ini diserahkan kepada USJT kerana melibatkan 3R iaitu agama, kaum dan raja...

Dalam pada itu, Ahmad Sukarno turut mengingatkan supaya tidak menyentuh isu 3R (Royal, Religion, Race) kerana ia boleh menggugat keselamatan dan ketenteraman pelbagai kaum di Malaysia.

“Bagaimanapun kes ini diserahkan kepada USJT kerana melibatkan 3R iaitu agama, kaum dan raja," katanya.

Sekadar info, komen Chef Wan itu sebelum ini mencetuskan kemarahan ramai pihak apabila kenyataan berkenaan dianggap bersifat perkauman dan tidak menggambarkan personaliti positif bagi seseorang yang disegani.

BERITA TRENDING: Salah Cakap 'Sembah Syaitan' Ketika Ulas Fasal Thaipusam, Ustaz Wadi Annuar Mohon Maaf

Komen yang diberi itu adalah reaksi kepada video Aiswarya Rai di Festival Filem Cannes yang dikongski pemilik akaun Instagram Namaste Bollywood berserta kapsyen First thought that comes to mind.

Sumber: AWANI