Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Polis Siasat Menyeluruh Motif Pembunuhan Nur Farah Kartini

Gempak
16/07/2024 07:44 MYT
Polis melakukan siasatan secara menyeluruh berhubung motif kejadian bunuh bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Nur Farah Kartini Abdullah.

Ini termasuklah dakwaan punca yang dikaitkan akibat perselisihan faham antara mangsa dan suspek.

Siasatan

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, masih terlalu awal untuk membuat sebarang kesimpulan motif kejadian selain tiada sebarang rampasan senjata di lokasi penemuan mayat mangsa.

ARTIKEL BERKAITAN: Kes Bunuh Farah Kartini: Penduduk Kampung Gempar Selepas Penemuan Mayat

ARTIKEL BERKAITAN: Berang Diugut Dedah Hubungan Sulit Dengan Isteri Disyaki Punca Nur Farah Kartini Dibunuh

ARTIKEL BERKAITAN: Suspek Bunuh Farah Kartini Teman Lelaki, Seorang Anggota Polis

ARTIKEL BERKAITAN: Sahabat Baik Nafi Nur Farah Kartini Ikut Teman Lelaki Ke Thailand - “Kalau Tak Ada Benda Baik Nak Cakap Better Jangan, Boleh Guris Hati Keluarga”

ARTIKEL BERKAITAN: Suspek Kes Kematian Nur Farah Kartini Direman 7 Hari

“Proses bedah siasat masih lagi berjalan (hari ini) bagi mengetahui punca kematiannya.

“Ketika mayat mangsa ditemukan, keadaannya sudah hampir reput kerana telah meninggal dunia beberapa hari. Jadi, belum dapat dipastikan kecederaan yang ada,” katanya pada Selasa.

Sebelum itu, suspek berusia 26 tahun yang juga anggota polis bertugas di Kontinjen Perak telah direman tujuh hari sehingga 22 Julai depan untuk siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Siasatan awal polis mendapati tempat penemuan mayat merupakan lokasi kejadian utama.

Sinar Harian melaporkan mayat Nur Farah Kartini, 25, yang hilang sejak 10 Julai lalu selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan, ditemui di kawasan ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor, kira-kira jam 6 petang, pada Isnin.

Sumber: Sinar Harian

#Polis #Siasat #Nur Farah Kartini #Motif Pembunuhan