Polis menahan seorang lelaki tempatan bagi membantu siasatan berhubung kes kucing dibungkus dalam guni dan dibuang ke sungai di Jalan Kota Giam, Jelutong, di sini pada Jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Razlam Ab Hamid berkata lelaki berusia 40-an itu ditahan di kawasan Jelutong, petang semalam hasil maklumat awam dan risikan yang dijalankan pihak polis.

ARTIKEL BERKAITAN: Comel! Kucing Ini Terima Ijazah Kehormat Doctor Of Litter-ature

"Lelaki itu direman untuk siasatan lanjut dan kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 29(1) Akta Kebajikan Haiwan 2015," katanya ketika dihubungi Bernama pada Sabtu.

Sebelum ini tular di media sosial video berdurasi 66 saat memaparkan beberapa individu mengambil sebuah guni dari dalam sungai dan mendapati terdapat bangkai kucing dalam guni yang berikat itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Ganti Kucing Hidup, Guna Anak Patung Doraemon Untuk Upacara Panggil Hujan!

Terdahulu Presiden Persatuan Haiwan Malaysia Arie Dwi Andika dilaporkan berkata kejadian seumpama itu bukan kali pertama berlaku dan pihaknya telah menerima maklumat berkaitan insiden sama beberapa kali sebelum ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Buang Kucing Di Pasar Ibarat Hantar Mereka Ke ‘Neraka’

Sumber: Bernama menerusi Astro Awani

Korang dah tengok filem pilihan nombor satu di GSC, The Experts?

Kalau belum, filem tempatan pecah panggung ini masih mendominasi pawagam tanah air. Jom, tonton The Experts di pawagam berhampiran korang hari ini.