,
Berita

Polis Tahan Lelaki Pukul Anjing Sehingga Mati

Asyraf Roslan
07/11/2024
15:41 MYT

Polis menahan seorang lelaki warga asing berusia 39 tahun di Keningau, Sabah selepas memukul seekor anjing sehingga mati dengan menggunakan sebatang besi.

Ketua Polis Daerah Keningau, Yampil Garai berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian tersebut menerusi sebuah video tular pada Rabu.
Jelasnya, kejadian tersebut dipercayai berlaku di sebuah bengkel di Kampung Patikang, Keningau.
“Suspek telah ditahan sekitar jam 10.30 malam Rabu dan polis turut merampas batang besi yang digunakan dalam kejadian tersebut.
“Lelaki tersebut kini direman selama tiga hari untuk siasatan lanjut,” katanya.
Kata Yampil, kes itu disiasat di bawah Seksyen 428 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan khianat dengan membunuh haiwan.
“Jika didapati bersalah suspek boleh dikenakan hukuman penjara hingga tiga tahun, denda atau kedua-duanya sekali,” tegasnya ketika dipetik sebuah portal pada Rabu.
Katanya lagi, kes itu juga disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penggunaan kemudahan rangkaian yang tidak wajar.
Jelas Yampil, pihaknya memandang serius insiden kekejaman terhadap haiwan dan akan mengambil tindakan tegas bagi memastikan kes seumpama itu tidak berulang.​
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Pukul Anjing Liar Sampai M*ti, Netizen Desak Pelaku Dikenakan Tindakan Tegas - "Mohon Saksi Kejadian Segera Bertindak!"

gempak
06/11/2024
02:55 MYT
Video yang berdurasi 1 minit itu, menunjukkan lelaki tersebut telah memukul seekor anjing hitam yang hanya duduk dipercayai kawasan bengkel berulang kali sehingga mati.
Viral

"Tindakan Tembak Mati Anjing Liar Adalah Tidak Berperikemanusiaan" - Nashriq Ismail Sabri

gempak
18/10/2024
20:20 MYT
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bera, Nashriq Ismail Sabri, membantah sekeras-kerasnya operasi penangkapan dan pelupusan anjing liar, termasuk 'Kopi' dipercayai ditembak.
Hiburan

Kes Pukul Hafidz Roshdi Diteruskan, Mahkamah Perintah Nurul Shuhada Hadir Mahkamah Januari Depan

gempak
14/10/2024
07:25 MYT
Mahkamah Majistret memerintahkan bekas isteri pelakon Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada Mat Shukri perlu hadir ke Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bahru, Selangor pada 20 Januari tahun depan.
Viral

"Bunuh Anjing Tak Boleh Ubah Keadaan" - Ramai Berang, Anjing Liar Nama Kopi M*ti Ditembak

gempak
13/10/2024
09:30 MYT
Pengguna media sosial meluahkan rasa berang terhadap tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab menembak mati seekor anjing liar sebagaimana yang tular di media sosial sejak beberapa hari lalu.
Hiburan

“Tak Logik, Kesian Uqasha Selalu Jadi ‘Mangsa’” - Kamal Adli Ulas Dakwaan Isteri Pukul Pembantu Peribadi

gempak
13/10/2024
02:49 MYT
Pelakon, Kamal Adli menepis dakwaan mengaitkan isterinya mengasari bekas pembantu peribadi.
Unitar