BERITA
Polis Tahan Pengasas, Suami Program Motivasi Rumah Tangga Didakwa Songsang
Polis mengesahkan menahan seorang wanita yang juga pengasas program motivasi rumah tangga didakwa songsang dan terpesong pada Selasa.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, turut ditahan suami kepada wanita terbabit.
"Untuk makluman, pengasas program terbabit bersama suaminya telah ditahan, maklumat lanjut akan menyusul selepas beberapa tindakan diambil.
"Kita juga ada mengambil beberapa tindakan termasuk serbuan dan tangkapan berhubung kes ini," katanya pada Selasa.
Terdahulu, Sinar Harian melaporkan polis menerima laporan berkaitan program motivasi rumah tangga didakwa songsang dan terpesong berlangsung pada bulan September tahun lalu di sebuah pusat konvensyen di Shah Alam.
Mohd Iqbal Ibrahim berkata, semakan mendapati laporan terbabit dibuat seorang lelaki tempatan berumur 39 tahun pada Februari lalu.
Sinar Harian sebelum ini melaporkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan menjalankan siasatan secara terperinci bersama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bagi memastikan kesahihan maklumat berhubung program motivasi rumah tangga yang didakwa songsang dan terpesong itu.
Ketua Pengarahnya, Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee berkata, langkah itu diambil agar maklumat diperoleh dengan jelas sebelum sebarang tindakan wajar diambil, selaras dengan peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.
Baru-baru ini masyarakat dikejutkan dengan pendedahan seorang pengguna media sosial mengenai program yang diusahakan oleh sepasang suami isteri.
Dalam hantaran di laman Facebook berkenaan, turut didakwa bahawa dua wanita telah melakukan tarian bogel dalam program itu.
Peserta program terbabit juga didakwa diberi sejenis air yang tidak diketahui kandungannya sehingga menyebabkan perubahan emosi dalam tempoh yang singkat.
Selain itu, peserta turut disuruh melakukan upacara mandi suci dan kelahiran semula yang menyerupai ritual keagamaan lain.
Sumber: Sinar Harian