Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Berita

Polis Tawar Diskaun 50 Peratus Saman Tertentu

Kamaruddin Razal 24/03/2020 | 00:53 MYT
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menawarkan kadar diskaun 50 peratus bagi saman-saman tertentu bermula 25 hingga 29 Mac ini bersempena dengan Hari Polis ke-213, lapor Astro AWANI.
Menurut Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Azisman Alias, pihaknya akan melancarkan kempen pembayaran secara dalam talian (e-Payment) selama lima hari tersebut.
"Kempen ini bertujuan menggalakkan orang ramai membayar saman secara dalam talian berikutan penutupan kaunter saman di Ibu Pejabat Polis seluruh negara sejak 18 Mac.
"Ini merupakan langkah JSPT bagi menggalakkan orang ramai mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang dikuatkuasakan di seluruh negara ketika ini," katanya dalam satu kenyataan, pada Isnin.
Mengulas lanjut, Azisman berkata pembayaran boleh dibuat secara dalam talian melalui portal
www.myeg.com.my dan www.rilek.com.my.
"Inisiatif ini diberikan sebagai langkah untuk meringankan beban ditanggung oleh masyarakat," jelasnya.
Sumber: Astro AWANI.
#Polis #50- #Diskaun Saman
;