,
Berita

Polis Terima 12 Laporan Kes Buli Anak Tam Spider, Khir Rahman

Gempak
09/10/2024
08:00 MYT
Polis akan merekod keterangan beberapa pelajar Tingkatan Lima di sebuah sekolah berasrama penuh bagi membantu siasatan kes buli.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, pihaknya telah membuka tiga kertas siasatan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan selepas menerima 12 laporan polis.
Menurutnya, siasatan awal mendapati kesemua mangsa terdiri daripada pelajar berusia antara 14 hingga 16 tahun manakala pembuli pula terdiri daripada pelajar berusia 17 tahun.
"Dua kertas siasatan sudah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya dan ia dikembalikan semula untuk dikemas kini, manakala satu lagi kertas siasatan belum lengkap dalam proses siasatan kerana pelajar (pelaku) terbabit sedang menjalani ujian percubaan SPM (Sijil Pelajaran Malaysia).
"Pihak sekolah telah memohon untuk tangguhkan proses bagi memberi ruang pelajar terlibat hadir ujian percubaan SPM," katanya kepada pemberita selepas Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Cheras di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras di sini pada Rabu.
Rusdi berkata, dijangkakan lima hingga enam pelajar (pelaku) ini akan direkod keterangan pada 13 dan 14 Oktober.
Menurutnya, selain itu, polis telah merekod keterangan seorang warden asrama sekolah terbabit disyaki terlibat dalam kes ini.
"Berdasarkan laporan, ada mangsa mengalami kecederaan di telinga, lebam di tangan dan kaki. Tiada senjata digunakan dalam kejadian buli itu, pelaku hanya menggunakan tangan dan kaki.
"Bagaimanapun, polis mengambil berat mengenai kes buli yang tidak boleh dibiarkan berpanjangan. Banyak insiden yang berlaku dan sudah ada pelajar yang dituduh di mahkamah walaupun menggunakan tangan dan kaki tetapi boleh menyebabkan kecederaan,” katanya.
Sebelum ini, media melaporkan penyanyi kumpulan Spider, Tam atau nama sebenar Rustam Mustafah yang mendakwa anak lelakinya berusia 14 tahun menjadi mangsa buli.
Selain Tam beberapa ibu bapa lain termasuk pelakon, Khir Rahman turut tampil mendedahkan perkara sama dan mendesak pihak sekolah mengambil tindakan terhadap pembuli terbabit.
Sumber: Sinar Harian
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Wanita Warga Emas Potong Suami Pakai Gergaji & Ubah Suai Rumah, Polis Sifatkan Kes Brutal

gempak
06/10/2024
13:55 MYT
Seorang wanita warga emas berusia 53 tahun tidak dibenarkan diikat jamin dan bakal dihadapkan ke mahkamah sekali lagi pada Disember depan selepas ditangkap kerana didakwa membunuh suaminya.
Berita

Polis Tahan ‘Atok’, Warga Asing Berpakaian Songsang Sertai Larian Pan Asia 2024

gempak
06/10/2024
08:55 MYT
Tiga lelaki sudah ditahan polis bagi membantu siasatan insiden berkelakuan tidak senonoh serta lucah semasa program larian antarabangsa Pan Asia 2024 di Kota Tinggi.
Hiburan

Polis Siasat Kes Buli Babit Anak Tam Spider

gempak
06/10/2024
00:55 MYT
Polis mengesahkan telah membuka kertas siasatan berhubung kes anak penyanyi kumpulan Spider, Rustam Mustafah dan pelajar lain.
Viral

Rupa-Rupanya Sabari Dibunuh Kerana Cam Wajah Suspek

gempak
03/10/2024
06:42 MYT
Kejam apabila tergamak mengikat tangan dan mulutnya ditutup dengan pita pelekat sebelum dicampak ke sungai hanya kerana bagi menghapuskan bukti selepas mangsa mengenali wajah suspek yang menyamunnya.
Viral

Polis Sahkan Sabari Dibunuh, Dicampak Ke Dalam Sungai

gempak
01/10/2024
00:25 MYT
Misteri kehilangan bekas pegawai kewangan sebuah agensi kerajaan, Sabari Baharom, 62, di Baling akhirnya terungkai selepas polis menahan dua lelaki tempatan yang disyaki membunuh mangsa.
BorakSeeni