Poovaa Rindu ‘Merewang’ Di Malam Deepavali – “Kemeriahan Tu Dah Hilang Disebabkan Keadaan Sekarang…”
Fiza Kamarudin
03/11/2021 08:30 MYT
03/11/2021 08:30 MYT
Penyanyi, Poovaa akui merindui kemeriahan menyambut perayaan Deepavali dan berkumpul bersama sanak-saudara.
Poovaa ketika ditemui berkata, sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2019, dia hanya menyambut Deepavali bersama ibu dan bapa di rumah.
“Memang rindu. Terutama suasana ‘merewang’ malam raya! Rindunya nak berkumpul ramai-ramai, bergurau senda dan berbual dengan saudara mara semua.
“Tapi nampaknya, semua itu hilang disebabkan keadaan semasa. Tapi saya harap tahun depan kita dapat kembali beramai-ramai,” katanya.
Ditanya mengenai persiapan sambutan Deepavali tahun ini, Poovaa berkata dia dan keluarga masih menyambutnya secara sederhana.
“Kami tetap sambut Deepavali tetapi tanpa kehadiran tetamu. Bukan sombong atau tak mahu ajak orang datang rumah, tapi saya masih bimbang.
“Tambah-tambah lagi ibu dan bapa saya pula warga emas yang sudah berusia 70 tahun. Semoga apabila keadaan sudah bertambah baik nanti kita boleh beramai-ramai lagi,” katanya.
Poovaa ditemui ketika majlis pelancaran aplikasi SYOK di The Bee, Publika baru-baru ini.
Ditanya mengenai terkininya, Poovaa berkata dia sedang dalam perancangan untuk single bahasa Melayu keduanya.
“Selepas Karya, saya akan keluarkan single bahasa Melayu kedua. Sekarang ini saya dan pihak pengurusan sedang berbincang dengan seorang komposer untuk tujuan tersebut.
“Saya harap komposer tersebut sudi untuk menghasilkan lagu untuk saya,” katanya positif.
Selamat hari Deepavali kepada Poova dan keluarga serta semua penganut agama Hindu yang akan menyambutnya esok! Deepavali Vazhthukkal!