,
Laman Utama

#PopcornTime : Baru Nak Feel Seram, Dah Gelak Berdekah! Ini 5 Sebab Anda Wajib Layan Filem Hantu Ke Lima!

Hanafis Haris
07/10/2021
12:33 MYT

Yes ada filem baru! Itulah yang terlintas dalam fikiran penulis sebaik mengetahui ada filem baru bakal ditayangkan di Astro First.

Mengetengahkan genre komedi seram, filem Hantu Ke Lima pastinya membuatkan ramai teruja (termasuk penulis).

Ye lah, filem genre sebegini selalunya tidak terlalu ‘berat’ atau kompleks untuk diproses oleh akal fikiran manusia, sekali gus sesuai ditonton bersama keluarga.

Persoalannya best ke filem ni?

Penulis seneraikan lima faktor mengapa anda patut tonton filem ini.

Perlu diingatkan ini bukanlah ulasan penuh, hanya ‘review’ awal atau sekilas pandang untuk anda tonton hujung minggu ini.

#1 Opening Seram Tapi…

Secara jujurnya ‘opening’ filem ini agak seram apabila munculnya watak Kam lakonan Elly Mazlein atau lebih mesra disapa Kak Lina Pom Pom.

Sambil membawa kotak misteri, Kak Lina turut menyanyikan lagu ‘Buaiku Laju’ secara ‘humming’. Seram weh!

Pun begitu, mood seram kemudian bertukar komedi apabila melihat reaksi wajah Kak Lina Pom Pom! Permulaan yang ‘not bad’ untuk filem ini.

#2 Terselitnya Konflik Keluarga

Filem ini diteruskan dengan satu babak yang memaparkan Raysha Rizrose dan Adibah Noor.

Ketika ini jelas terasa ketegangan antara mereka berdua selepas berlakunya insiden saham hingga menyebabkan mereka kerugian berjuta-juta.

Bagaimana kesudahannya anda perlu tonton filem ini.

#3 Kemunculan Trio Terhebat

Penulis agak skeptikal sebenarnya dengan gandingan ini, namun apabila munculnya Shiha Zikir, semua itu berubah 100 peratus.

Mungkin disebabkan Shiha satu-satunya wanita disamping Izzue Islam dan Aisar Khaled, dia nampak lebih menyerlah dalam filem ini.

Lawaknya pun cukup bersahaja. Gaya gelak Shiha paling ‘jahat’ sebenarnya, geram betul penulis!

#4 Penampilan Adibah Noor, Macau Scam?

Mungkin hanya pendapat penulis tetapi lawak ‘Macau Scam’ agak menjadi sebenarnya.

Anda perlu tonton babak ketika Adibah Noor pertama kali bertemu dengan Shiha, Izzue dan Aisar.

#5 Seram Atau Tidak?

Persoalan ini sebenarnya sungguh subjektif.

Penulis menonton filem ini dengan memakai ‘earphone’ dan disebabkan itu segala bunyi yang digunakan sangat ‘immersive’ dan sedikit sebanyak menimbulkan rasa seram.

Pun begitu, anda kenalah tonton filem ini sendiri untuk mengetahui tahap keseramannya.

Perlu diingatkan sekali lagi, ia juga gabungan genre komedi, jadi sangat sesuai untuk ditonton bersama keluarga.

Kehadiran Coki juga mungkin menarik minat golongan muda zaman sekarang.

Rating? Nantikan ulasan penuh penulis dalam artikel selanjutnya!

Sekadar info, filem arahan pengarah Azhari Zain dan berdurasi 90 minit ini mengisahkan tentang Auni Qaisara Putri (Raysha Rizrose) mencari perlindungan setelah dianiaya oleh ibu tirinya Puan Sri Zaleha (Adibah Noor) dalam skim pelaburan saham yang merugikan.

Puncak Mahligai kediaman mewah peninggalan arwah ayah Auni yang dipelihara oleh Iskandar Syah (PU Azman) dan isterinya, Kam (Elly Mazlein) menyimpan seribu satu misteri.

Pada masa sama, TKO Studio yang diusahakan Taufiq (Aisar Khaled), Kent (Izzue Islam) dan Oya (Shiha Zikir) sedang dalam kejatuhan dan mereka bersetuju untuk bekerjasama dengan Puan Sri Zaleha dalam mempromosi Puncak Mahligai untuk menarik minat pelabur.

Namun mereka kemudian berhadapan dengan pelbagai kejadian mistik.

Auni Qaisara Putri akan mempertahankan satu-satunya kenangan bersama arwah ayah dan ibunya di Puncak Mahligai.

Saksikan filem komedi seram, Hantu Ke Lima yang akan berada di ‘pawagam rumah anda’, Astro First hari ini.

Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand.

Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.

Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem ini menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Shaw.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Anak Orang Kaya Bayar RM7,520 Belajar Di Universiti Awam, Kerajaan Tanggung Kos RM80,623

gempak
05/10/2024
04:55 MYT
Lebih 80 peratus subsidi yuran pengajian yang ditanggung kerajaan bagi kursus peringkat ijazah sarjana muda dan diploma di universiti awam (UA) turut dinikmati anak golongan kaya.
Hiburan

Syafiq Yusof Bereksperimentasi Dengan Telekinesis - "Genre Ini Fresh, Tak Salah Saya Nak Warnai Industri"

gempak
05/10/2024
03:55 MYT
Selepas kejayaan filem Sheriff, pengarah Syafiq Yusof muncul dengan karya sains fiksyen terbaharu bertajuk Telekinesis mengambil inspirasi daripada naskhah antarabangsa terkenal Twilight.
Hiburan

John Legend Sifatkan Siti Nurhaliza & Yura Yunita Penyanyi Hebat, Teruja Ditemani Di Konsert

gempak
04/10/2024
15:00 MYT
Penyanyi antarabangsa, John Legend sedang mempersiapkan diri untuk konsert yang dijadual berlangsung di Sentul International Convention Centre, Bogor, Indonesia pada 6 Oktober ini.
Gaya Hidup

Pertama Di Malaysia! Pereka Fesyen FM Group Gabung Teknologi AI Dalam Pertunjukan Fesyen Kebaya - "Kami Akan Guna Konsep Sama Dalam ..."

gempak
04/10/2024
05:30 MYT
Meskipun fesyen moden semakin popular, busana tradisional Melayu tetap kekal istimewa dan semakin diminati oleh generasi muda.
Hiburan

13 Tahun Tanpa Album, Zee Avi Tampilkan Band Baharu! 'Oyasumi Na Sayang' Lagu Bersama Karyawan Jepun

gempak
04/10/2024
04:35 MYT
Walaupun sudah 13 tahun tanpa album baru, Zee Avi kini sedang mempersiapkan album ketiganya.
BorakSeeni