,
Laman Utama

#PopcornTime: Gabungan Thriller & Komedi Yang Sempurna! Only Murders In The Building, Drama Siri Terbaru Wajib Tonton!

Hanafis Haris
26/08/2021
13:48 MYT

Minggu lepas penulis berkesempatan untuk menonton drama siri bertajuk Only Murders In The Building yang bakal ditayangkan di Disney Plus Hotsar.

Melihat tajuknya saja sudah mencetus keterujaan memandangkan ia sebuah siri jenayah baru.

Malah, rating 100 peratus yang diberi Rotten Tomatoes membuat penulis tertanya adakah drama ini sebagus itu?

Ini merupakan review awal penulis tentang Only Murders In The Building!

Permulaan siri ini boleh dikatakan sangat ‘intense’ dan mendebarkan apabila memaparkan satu babak pembunuhan secara mengejut.

Babak ini secara tidak langsung terus ‘mengikat’ penonton untuk melihat lebih lanjut apakah yang sebenarnya terjadi? Siapakah pembunuhnya?

Usai saja babak itu, drama ini terus memperkenalkan beberapa watak penting yang bakal ‘mengemudi’ drama siri ini.

Watak Mabel Mora, Charles dan Oliver mungkin nampak berbeza karakter dan latar belakang, namun mereka mempunyai satu persamaan yang bakal membuatkan ketiga-tiga ini bersatu.

Malah, ketiga-tiga watak ini dilakonkan oleh pelakon yang cukup hebat!

Watak Mabel Mora dilakonkan oleh Selena Gomez, Charles (Steve Martin) dan Oliver (Martin Short).

Lama rasanya tidak melihat lakonan Steve Martin dan Selena Gomez juga agak berlainan dalam siri ini.

Jadi, apa yang membuatkan drama ini menarik selain daripada kes jenayah yang berlaku pada awal siri?

Secara jujurnya, garapan drama ini cukup cantik kerana ia dihasilkan dalam bentuk komedi yang tidak terlalu berlebihan.

Siri ini masih mengekalkan elemen ‘crime thriller’ yang serius, namun ia diselitkan juga dengan komedi bagi membuatkan ia lebih menarik.

Bagi penulis ia percaturan yang sangat bijak kerana membuatkan drama ini tidak bosan. Lawak yang digunakan juga sangat ‘on point’ dan tidak berlebihan.

Malah, gabungan tiga watak yang pada awalnya agak kekok terus menjadi sangat serasi.

Selain itu, siri ini juga sangat pandai bermain dengan teka teki apabila banyak meninggal beberapa ‘hint’ mengenai jenayah yang berlaku.

Terdapat beberapa ‘easter egg’ yang boleh membawa penonton untuk turut sama menyiasat atau meneka siapakah pembunuh tersebut. Best kan?

Penulis tidak berkesempatan untuk menonton kesemua episod memandangkan siri ini bakal ditayangkan secara rasmi 3 September ini di Disney Plus Hotstar.

Apapun penulis yakin drama ini bakal menjadi drama ‘crime series’ yang bagus memandangkan gabungan komedi dan thriller cukup hebat!

Jangan lupa tonton 3 September ini okay!

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

Tom Holand Sah Kembali Jadi Spider-Man: “Saya Tidak Sabar”

gempak
24/10/2024
03:45 MYT
Tom Holand akhirnya mengesahkan akan kembali bermain dalam saga ke empat Marvel yang cukup ikonik dengan dirinya, Spider-Man.
Hiburan

"Saya Sendiri Rasai Pengalaman" - Ella Puji Rawatan Hormon Skyhill Clinic, Tak Mustahil Diiktiraf Malaysia Book Of Records!

gempak
23/10/2024
18:30 MYT
Penyanyi Ella berkongsi pengalamannya menjaga dan melakukan rawatan hormon di Skyhill Clinic sejak beberapa tahun lalu.
Viral

Dibayar RM60, Dibelasah Jika Tolak Melacur! Imigresen Selamatkan 7 Wanita Dari 'Kapten' Bangladesh

gempak
23/10/2024
15:25 MYT
Imigresen menyelamatkan tujuh wanita warga Vietnam yang disyaki dipukul jika enggan melacur, dalam serbuan di sebuah premis kedai dua tingkat di Klang, Isnin lalu.
Viral

Influencer Buka Cerita Peluk Islam - "Bila Tengok Kawan Solat, Ambil Wuduk, Saya Lebih Tertarik"

gempak
23/10/2024
14:02 MYT
"Saya tak pernah menyangka akan memeluk Islam lebih-lebih lagi dalam usia muda tapi bersyukur kerana Allah SWT buka hati untuk terima hidayahNya."
Viral

Buat Hal! Pelancong China Lastik Haiwan Di Zoo, Netizen Panas Hati

gempak
23/10/2024
13:25 MYT
Seorang pelancong China menerima kecaman orang ramai kerana melastik seekor badak air popular dalam kejadian di sebuah zoo di Thailand, lapor akhbar Metro UK baru-baru ini.
BorakSeeni