Bintang Gegar Vaganza lapan (GV8), Datuk Fazley Yaakob mungkin lebih dikenali sebagai cef selebriti dan juga penyanyi.

Namun, hakikatnya Fazley juga agak popular dalam dunia perfileman.

Bukan sekadar watak sampingan, malah pelantun lagu Asmara Ini juga pernah memegang watak utama sepanjang kariernya.

Berikut merupakan tiga filem yang pernah dijayakan Fazley.

#1 Gerak Khas The Movie 2

Filem ini merupakan sekuel kepada filem Gerak Khas The Movie dan telah diterbitkan pada 2002.

Filem diarahkan oleh Datuk Yusof Haslam ini dibintangi oleh Abby Abadi, AC Mizal dan Juliana Banos.

Gerak Khas The Movie 2 mengisahkan Inspektor Mazlan dan Inspektor Aleeza ditugaskan untuk menyiasat tentang satu sindiket penyeludapan dadah terbesar di Malaysia yang diketuai oleh seorang penjenayah yang bernama Raziman.

Menerusi filem ini, Fazley membawa watak sebagai orang kanan Raziman.

#2 Janji Diana

Filem romantik ini telah ditayangkan pada 2004 yang menampilkan ramai bintang hebat termasuklah Rosyam Nor, Erra Fazira, Faizal Hussein dan Erma Fatima.

Filem ini menceritakan tentang perhubungan cinta antara gadis tomboy dan jejaka yang terluka akibat perlakuan bekas kekasihnya.

Namun, mungkin ramai yang tidak perasan, Fazley juga pernah berlakon dalam filem ini sebagai Kamal.

Fazley sebelum ini pernah menyatakan dia terpaksa cukup kening semata-mata untuk menampakkan wajah garangnya.

A post shared by Dato' Fazley Yaakob (@fazleyyaakob)

#3 Gila-Gila Bola

Filem ini mungkin menjadi karya paling ikonik bagi Fazley kerana dia memegang watak utama sebagai Damak.

Gila Bola diterbitkan pada 2003 turut menampilkan Linda Onn sebagai heroin.

Filem ini menceritakan tentang Damak, seorang pemuda kampung telah membawa diri ke bandar kerana merajuk dengan sikap beberapa kawannya dalam pasukan bola sepak yang menyalahkan dirinya.

Ini kerana Damak gagal membuat sepakan penalti yang amat penting bagi menentukan kalah menang pasukan mereka.

Ketika berada di bandar, Damak berkerja di sebuah restoran makanan segera.

Damak kemudian mula mengenali Lisa dan secara tidak sedar mereka saling menyulam cinta.

Pun begitu, beberapa insiden telah berlaku terutama membabitkan orang ketiga, hingga menyebabkan cinta mereka bergolak.

Hebat bukan? Apapun jangan lupa saksikan GV8 setiap Ahad, 9 malam di Astro Ria dan Astro GO.

Untuk rekod, juara GV8 akan membawa pulang wang tunai bernilai RM100,000 serta trofi manakala tempat kedua dan ketiga masing-masing membawa pulang RM50,000 dan RM30,000 termasuk trofi.

Untuk pemenang tempat keempat, kelima dan keenam pula masing-masing akan menerima hadiah berupa wang tunai bernilai RM20,000, RM15,000 dan RM10,000 serta trofi.

Penerbitan GV8 turut disokong oleh Farm Fresh yang hadir selaku Penaja Utama dengan kerjasama Digi selaku Telco Rasmi.

Manakala Adabi dan CUCKOO turut menghulurkan sokongan selaku penaja bersama.