Laman Utama

#PopcornTime: Kasihnya Membawa Ke Syurga, Ini Lima 5 Filem Pengorbanan Ibu Wajib Tonton!

gempak
Hanafis Haris
12/08/2021
11:35 MYT
Sponsor Banner
#PopcornTime: Kasihnya Membawa Ke Syurga, Ini Lima 5 Filem Pengorbanan Ibu Wajib Tonton!

Sejak kebelakangan ini kita dikejutkan dengan pelbagai kisah pengorbanan ibu yang terpaksa bertarung nyawa demi menyelamatkan zuriat mereka.

Benarlah kata orang, kasih ibu membawa ke syurga. Besar pengorbanan yang dilakukan demi memastikan kelangsung hidup seorang anak.

Oleh itu, menerusi kolum Popcorn Time kali ini, penulis bawakan lima filem yang mengangkat kisah ibu dan anak.

Penulis gabungkan filem baru yang trending dan juga lama supaya menepati citarasa pelbagai peringkat.

#1 Changeling

Penulis masih tertanya-tanya, mengapakah Angelina Jolie tidak dinobatkan pelakon wanita terbaik Oscar ketika filem ini dicalonkan.

Lakonannya dalam filem ini cukup cemerlang!

Apapun filem ini mengisahkan tentang seorang anak yang dilaporkan hilang akhirnya telah dijumpai oleh pihak polis.

Walau bagaimanapun, ibu kepada anak tersebut mendapati kanak-kanak itu bukanlah anaknya yang sebenar.

Sebaliknya pihak polis cuba menutup kes dan mahu menjaga reputasi dengan menggantikannya dengan kanak-kanak lain.

Filem ini membawa penonton menyusuri perjalanan seorang ibu yang berjuang habis-habisan untuk mempertahankan haknya.

Biarpun ditentang oleh pihak polis sendiri hingga sanggup menjatuhkannya, namun ia langsung tidak mematahkan semangat wanita tersebut.

Filem ini merupakan kisah benar, jadi anda wajib tonton!

Rating Gempak : 9/10

#2 Mom

Siapa yang tidak ‘naik hantu’ apabila anak mereka dirogol oleh sekumpulan lelaki.

Biarpun ia telah menjadi kes polis, namun hati ibu mana yang tidak tenang apabila penjenayah masih boleh tersenyum dan ketawa riang?

Filem Mom memaparkan perjuangan seorang ibu yang sanggup membalas dendam dengan apa jua cara sekali pun.

Namun, apa yang menariknya setiap tindakannya tidak mengikut perasaan sebaliknya pelbagai strategi ‘halus’ dilakukan.

Adakah ibu ini mampu mencapai kemenangan? Anda wajib tonton filem hebat ini.

Rating Gempak: 7.8/10

#3 Kidnap

Lakonan Halle Berry tidak boleh disangkal lagi dan menerusi filem ini, dia berjaya memaparkan sifat juang seorang ibu dengan cemerlang sekali.

Sangat intense, mendebarkan dan membuat setiap penonton tidak senang duduk.

Bayangkan jika anak anda diculik depan mata dan ketika anda berpeluang untuk menyelamatkan dia! Kejar sehingga lubang cacing!

Rating Gempak: 7.5/10

#4 Blood Red Sky

Ya mungkin ramai yang tidak bersetuju kerana genre filem ini agak berbeza sedikit, namun ia masih mengangkat tema kasih sayang seorang ibu.

Filem ini mengisahkan perjalanan seorang wanita bernama Nadja dan anaknya, Elias yang menaiki pesawat untuk menuju ke New York.

Walau bagaimanapun, ketika penerbangan, satu insiden telah berlaku hingga memaksa Nadja menunjukkan identiti sebenarnya.

Blood Red Sky dimulakan dengan 1,001 persoalan apabila watak Nadja mendedahkan dia mempunyai penyakit seakan leukemia.

Pun begitu, Nadja sanggup melakukan apa saja demi memastikan keselamatan anaknya. Cukup beremosi!

Rating Gempak 7.8/10

#5 Mimi

Jalan cerita filem ini mungkin nampak ‘berat’, namun ia dibawa dengan gaya cukup santai.

Mengisahkan tentang wanita bernama Mimi yang teringin menjadi artis, namun tidak mempunyai duit yang cukup.

Kehidupan Mimi kemudian berubah apabila muncul pasangan yang memintanya menjadi ibu tumpang.

Namun, apabila telah mengandung, doktor mengesahkan bayi itu mengalami ‘down syndrom’ dan akhirnya Mimi ditinggalkan oleh pasangan tersebut.

Apa yang terjadi selepas itu akan membuat anda tersentak!

Filem ini antara yang wajib ditonton.

Rating Gempak 8/10

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live