Laman Utama

#PopcornTime : Ledakan Fesyen & Sisi Gelap Estella, Filem Cruella Masterpiece Terbaru Disney?

gempak
Hanafis Haris
03/09/2021
06:53 MYT
Sponsor Banner
#PopcornTime : Ledakan Fesyen & Sisi Gelap Estella, Filem Cruella Masterpiece Terbaru Disney?

Jika pernah menonton 101 Dalmatians satu ketika dulu, anda pasti terfikir adakah filem Cruella ini mempunyai kaitan antara satu sama lain?

Gaya rambut hitam putih serta penampilan hampir sama, pastinya menimbulkan persoalan ramai.

Hakikatnya, kedua-dua filem ini boleh dikatakan satu ‘universe’ yang sama.

Filem Cruella boleh dianggap sebagai ‘origin’ kepada filem 101 Dalmatians.

Jadi, adakah ia berbaloi ditonton? Popcorn Time kali ini bakal mengulas sejauh mana hebatnya karya terbaru Walt Disney ini!

Storyline Mudah, Opening Ringkas & Tak Complicated

Secara jujurnya, untuk ‘opening’ filem ini, ia boleh dikatakan padat dan ringkas kerana penonton akan dibawa untuk mengenali siapakah gadis bernama Estella.

Terkenal dengan sifat ‘rebel’ dengan gaya fesyen unik, penonton akan dibawa menyusuri perjalanan hidup Estella penuh halangan dan dramatik.

Biarpun seakan lahir dengan sifat memberontak dan gila-gila, namun satu kejadian hitam yang berlaku telah mengubah hidup Estella dan sebahagian personaliti gelapnya.

Disebabkan kejadian itu, Estella kemudian membawa diri ke London dan akhirnya berjumpa dengan dua rakan baiknya sehingga mereka membesar dewasa.

Malangnya ,gabungan tiga anak yatim piatu ini tidak seindah disangka kerana mereka memilih untuk menjadi pencuri atau penyeluk saku.

Pun begitu, ia langsung tidak mematahkan semangat Estella untuk memasuki bidang fesyen dan ia ternyata berhasil apabila dia berjumpa dengan pereka fesyen berpengaruh, Baroness von Hellman.

Ketika inilah, filem Cruella menjadi sangat…interesting!

Sisi gelap Estella akhirnya kembali muncul dan sifat dendamnya membuak-buak menghapuskan empayar Baroness.

Adakah Estella berjaya? Anda kena tonton sendiri!

Letusan Karya Agung Si Fashionista!

Secara ringkasnya filem ini membawa penonton melihat sendiri bagaimana watak Cruella terhasil.

Menerusi filem 101 Dalmatians yang ditayang pada 1996, anda hanya melihat watak yang sudah dikembangkan.

Oleh itu menerusi Cruella, ia seakan mengimbas kembali apa sebenarnya terjadi sebelum itu.

Bagaimana wujudnya Cruella, siapakah sebenarnya Cruella? Semuanya ditonjolkan dengan cukup baik dan ‘smooth’ dalam filem ini.

Kekuatan utama filem ini juga tidak lain tidak bukan, gaya fesyen atau ‘hourt couture’ yang dipamerkan.

Jangan tak tahu, Emma Stone menggayakan 47 busana hebat dalam filem ini.

Koleksi agung Dior, Vivienne Westwood dan Alexander McQueen antara yang mewarnai filem Disney ini. Hebat bukan?

Antara paling ‘mind blowing’ adalah gaun yang menghalang Baroness keluar daripada kenderaan. Gaun besar dihiasi lebih 5,000 petals buatan tangan ini mampu menutup hampir sebuah kereta.

Selain itu, gaun yang digayakan daripada lori sampah juga sangat ‘unpredictable’.

Begitu juga, gaun ‘masterpiece’ berwarna emas di kemuncak filem ini. Brilliant!

Lakonan Hebat Award Winning Actress!

Apapun gandingan Emma Stone dan Emma Thompson cukup hebat dan boleh dikatakan sempurna.

Emma Stone yang membawa dua personaliti cukup cemerlang dan kehebatannya makin terserlah ketika munculnya Cruella.

Begitu juga Emma Thompson yang memainkan karakter Baroness. Biarpun ada sedikit vibe Miranda Priestly, namun ia hanyalah sekadar kebetulan.

Selain itu, ‘pacing’ filem ini yang tidak terlalu perlahan dan tidak terlalu laju, pastinya memberi ruang penonton menyaksikan dengan tenang dan santai.

Pengarah juga bijak menyelitkan lawak jenaka yang ‘on point’ supaya filem ini tidak bosan hinggalah ke penghujung.

Plot twist filem ini boleh tahan, biarpun tidaklah ‘mind blowing’ seperti mana gaya fesyen Cruella.

Filem ini boleh dikatakan wajib untuk ditonton sekiranya anda meminati karya Disney dan peminat fesyen.

Jika tidak sekali pun, filem ini sangat enjoy untuk dilayan khususnya bersama keluarga.

Filem Cruella kini boleh ditonton menerusi platform Disney Plus Hot Star.

Rating Gempak: 8.5/10

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live