"Popular Sebab Bapa Je!" - Netizen Troll Anak Shah Rukh Khan Jadi Cover Vogue India

Amri Hassan
Ogos 6, 2018 10:26 MYT
Stunning! Itu antara gambaran netizen melihat anak perempuan Shah Rukh Khan, Suhana Khan menjadi penghias sampul hadapan Vogue India edisi Ogos 2018.
Bagaimanapun, tidak semua yang bersetuju terhadap pemilihan Suhana menjadi cover girl majalah terkenal antarabangsa itu.
Ada yang menyifatkan Suhana sekadar anak kepada Raja Bollywood dan menggunakan pengaruh bapa dan ibunya semata-mata.
"Dia menjadi cover Vogue India pun sebab dia anak Shah Rukh Khan. Tak ada apa yang perlu diobseskan pun. Identiti dia bukan hasil titik peluh sendiri," tulis salah seorang pengguna di Instagram.
"Luck and nepotism," tambah pengguna lain.
Bagaimanapun, ramai yang menyokong pemilihan Suhana sebagai cover girl Vogue India malah memuji gaya gadis itu.
Malah, rakan baik Shah Rukh Khan, Kajol mengagumi hasil terbitan majalah terbabit.
Apapun, jom saksikan foto-foto menarik dan video di sebalik tabir penggambaran majalah Vogue India yang menampilkan Suhana Khan.
Teks oleh: Amri Hassan
Foto: @__suhanakhan__, @iamsrk
#Shah Rukh Khan #Bollywood #Shah Rukh Khan #Vogue India #Suhana Khan