Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Hiburan

Populariti Anak Bantu Bisnes Tudung Milik Tomok

Ahmad Shah 21/04/2016 | 05:23 MYT
Penyanyi Tomok mengakui populariti anak sulungnya, Arrianshah Akid, 4, di media sosial banyak mempengaruhi jualan tudung jenama Arriandra milik dia dan isteri.

Menurut Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan Ismail, 32, kebanyakan pelanggan tudung Arriandra adalah peminat Arrianshah sendiri di Instagram.

“Sebenarnya populariti anak yang banyak membantu perniagaan tudung Arriandra. Saya dan isteri dapat nama pun dengan gabungan nama dua cahaya mata kami, Arrianshah dan Andrashah.

“Mereka yang sokong bisnes tudung Tomok pun sebenarnya daripada kalangan peminat Arrianshah di Instagram,” kata Tomok kepada Astro Gempak.

Jelas Tomok, walaupun tiada pengalaman dia turut merasa lega kerana perniagaanya secara online kini mendapat tempat di kalangan peminat.

“Alhamdulillah walaupun saya dan isteri tiada pengalaman dalam bidang perniagaan, baru bulan pertama penerimaan oleh pelanggan amat baik. Sebab saya rasa dari segi harga, kami tidak meletakkan harga yang terlalu mahal,” katanya.

Tambahnya lagi, dia dan isteri memilih untuk memulakan perniagaan tudung kerana mengikut trend semasa seperti rakan artis lain.

Sementara itu, Tomok menjelaskan jenama Arriandra kini sudah tampil dengan 20 rekaan tudung mereka sendiri.

“Setakat ini kami ada 10 jenis dan baru hanya keluarkan lima sejak perniagaan dimulakan. InsyaAllah Arriandra akan muncul dengan 10 jenis rekaan tudung untuk koleksi Hari Raya Aidilfitri,” katanya mengakhiri perbualan.

Dalam perkembangan lain,Tomok bakal muncul dalam program yang diberi nafas baru Sembang Teh Tarik Kaw yang turut menampilkan selebriti terkenal tanah air seperti Datuk Hans Isaac, Datuk Yusof Haslam, Datuk M.Nasir, Sharnaaz Ahmad, Johan Raja Lawak, Lisa Surihani & Yusry, Fasha Sandha, Black Hanifah, Amy Search, Sari Yanti dan ramai lagi.

Sembang Teh Tarik Kaw dihoskan oleh Datuk AC Mizal bakal menemui penonton mulai 6 Mei 2016, pada setiap hari Jumaat, pukul 10 malam secara eksklusif di Astro Warna (132) serta siaran serentak di Mustika HD (134).

Teks Oleh: Khalid Rahman

#Artis Tempatan #Tudung
;